Assalamualaikum dan hai kepada admin. Aku nak share tapi bukan masalah rumah tangga. Aku nak share pasal keinsafan aku ni. Aku ni peniaga online dan mak kutu online. Selama 2 tahun lebih aku jadi mak kutu ni. Ni kes pertama yang betul-betul menginsafkan aku.
Kisahnya macamni. Due kutu turn ni aku punya. Dah overdue 5 hari. aku jenis bagi kata putus. Ngan aku memang mudah. Kalau ada masalah. Korang bagitahu. Jangan diam.
Aku pantang orang diam kalau tak boleh bayar ke ada masalah ke, at least mesej aku. Jangan la pulak aku yang kena mesej anak-anak kutu. Memang aku baran kalau aku yang mesej² tanya kan hak aku.
Tapi sorang player ni. Aku namakan dia Noor. Dia sorang je lagi yang tak bayar. Okey, Aku bagi tempoh. 5 hari, Pagi jumaat ni. Mesti bank in duit kutu ke akaun aku. Tu kata aku. Tiba jumaat pagi. Dia cakap. Dia tak ada transport nak pergi bank. Ni memang aku sedia maklum la, Awal² nak main kutu.
Memang dia bagitahu. Dia tak ada motor atau kereta. Bank jauh. Aku cakap la. Macamana nak main kutu kalau tak boleh bank in. Pastu dia cakap, tolong lah kak.. noor merayu. Noor nak main kutu ni. Nak simpan duit beli knderaan. Kalau tak main kutu macamni memang noor tak boleh buat saving.
Pastu aku kesian dan percaya kata² dia. Sebab memang dia main 2 nama. Amek turn last. Ok berbalik cite nak payment tu. Tiba jumaat. Aku whatsapp lagi. Camne boleh bank in tak. Tak boleh jugak katanya. Kebetulan aku nak ke Seremban.
Macam-macam alasan bagi, buat keputusan pergi ke rumahnya
Aku rasa better aku ke rumah dia ambil duit. So aku deal la. Cakap. Dalam pukul 4 sampai Seremban. Dia pun send location.
Dalam setengah jam nak sampai. Aku whatsapp. “Akak dah nak sampai”.
Noor reply. “Kak.. nanti boleh tak bawa noor pergi bank. Nak keluarkan duit tu. Duit tu dalam akaun”.
Huissshhh… baran la aku. Dah apehal aku nak amek anto die lak. Aku sound die.
“Noor… ko ni macam-macam hal la, Itu ini. Itu ini. Pening la akak”.
Pastu die whatsapp. “Tak apa lah kalau tak boleh kak”.
Aku masih keras hati rasa dia ni macam nak mainkan aku je. Aku pun merayau dulu kat Seremban. Cari barang. Jumpa orang semua. Pukul 6 baru aku ke rumah dia.
Berpusing² cari rumah dia. Ikut maps pun tak jumpa. Fon dia mati. call² tak dapat. Lagi la aku hangin. Muka dah kelat dah, 20 minit gak berpusing, aku decide nak balik je.
Dah jalan keluar dari taman tu. Noor call. Aku sound la dia. Dia cakap fon mati. Pastu dia bagi la maps ke rumah dia. Dia tunggu depan rumah.
Sebaik sampai ke rumahnya, ini yang berlaku
Sampai rumah dia. Allahu… Terus bertukar semua perasaan aku pada dia. Terus sayu. Nak ambil duit dari dia pun aku tak sampai hati. Anak kecik² 4 orang. Dhaif sangat pakaian diorang.
Anak dia berkerumun kat kereta aku. Air mineral aku dah minum separuh. Anak dia cuit² nak ambil. Allahu. Sedih aku. Rumah dia dalam semak samun.
Patut la aku tak jumpa guna maps. Rumah belakang rumah orang, kecil, kiri kanan depan rumah semak samun. Nak masuk kereta pun tak boleh tak ada laluan. Dan kebetulan suami dia ada. Suami dia jalan kaki balik dari bank. Hurmmm.. aku betul² rasa berdosa.
Sedih tak terungkap. Pertama kali tengok orang susah depan mata. Sebelum ni tengok kat tv je. Diorang ni muda lagi. Kahwin awal agaknya. Anak kecil² lagi rapat². Suami je kerja. Bini kerja ambil upah kemas rumah orang. Kalau ada orang panggil. Dia pergi bawa 2 orang anak kecil sekali.
Balik dengan air mata
Balik dengan linangan airmata aku petang semalam. Sampai sekarang aku tak sudah² whatsapp dia. Tany itu dan ini.
Katanya, Bulan puasa ni ada orang ajak dia buat kuih raya. Rezeki anak-anak, rezeki nak raya. Niat aku, hujung minggu nanti aku nak ke sana lagi. Dengan adik beradik aku. Hantarkan makanan untuk ank-anak dia.
Pada orang Seremban. Kalau ade upah-upah cuci baju, kemas rumah, boleh la panggil noor ni. Sambil-sambil bantu dia kan. Aku tahu orang Malaysia ni semua jenis suka bantu membantu. Semoga ada sinar untuk mereka sekeluarga
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : eksidenz via ArianaRose