Sebelum ini, pelakon dan pengacara Fizo Omar mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus rumah tangga mereka yang kini dikatakan bergolak selepas isterinya, Mawar Abdul Karim didakw4 berjumpa dengan peguam baru-baru ini.
Terkini, Mawar, 30, ketika dihubungi berkata, dia mengikuti langkah yang sama seperti suami apabila mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak: “Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak”.
Difahamkan, Fizo akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini. Sementara itu, berdasarkan pemerhatian di laman Instagram Mawar, kali terakhir pasangan itu bergambar bersama pada April lalu. Bagaimanapun, Mawar masih mengikuti Fizo di Instagram.
Menerusi video di Instagram Stories, Fizo yang mendirikan rumah tangga dengan Mawar yang merupakan seorang usahawan ini pada November 2013 itu pula memaparkan dia sedang menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Dakw4an Isteri Jumpa Peguam, ‘Doakan Baik-Baik Buat Kami’ – Fizo Omar
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar belum bersedia untuk memperincikan tentang desas-desus kemelut rumah tangga apabila isterinya, Mawar Abdul Karim, 30, dilaporkan sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, buat masa sekarang, adalah lebih baik untuk dirinya tidak berkata lebih lanjut tentang perihal tersebut.
“Buat masa sekarang, saya tidak mahu memberikan kenyataan lebih tentang perkara ini.
“Saya faham kerja wartawan namun saya rasa masa sekarang kurang sesuai untuk saya bercakap tentang hal rumah tangga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Ditanya tentang laporan kesahihan satu ruangan gosip akhbar tempatan yang mengatakan dia dan isteri menyambut Aidilfitri secara berasingan, jawab Fizo: “Sejujurnya, saya baru sahaja diberitahu tentang laporan tersebut dan lebih baik saya tidak mengeruhkan keadaan dengan memberikan kenyataan yang bukan-bukan.
“Insya-Allah, kalau dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kemelut ini, saya akan mengadakan sidang akhbar.”
Mengulas berkenaan sama ada dia dan isteri masih tinggal sebumbung atau sebaliknya, ulas Fizo ringkas: “Saya minta maaf tidak boleh komen lanjut tentang itu. Insya-Allah doa yang baik-baik sahaja buat kami.”
Terdahulu, rumah tangga pasangan itu dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila pelakon filem Isyarat Cinta itu dilihat meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.
Fizo dilaporkan beraya di Kelantan sementelah Mawar dan anaknya pula meraikan lebaran di Pulau Pinang.
Mengikut perancangan, mereka sepatutnya meraikan Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan. Namun, Mawar dan anaknya dikatakan terpaksa pulang ke Pulau Pinang apabila bapa Mawar jatuh sakit. – K! ONLINE.
Sambut Aidilfitri Secara Berasingan, Netizen Spekulasi Rumahtangga Fizo Omar dan Mawar Karim Berantakan
Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk seluruh ahli keluarga berhimpun, bertanya khabar, ambil gambar OOTD, makan rendang dan juga bermaaf-maafan. Jarang kita mendengar pasangan suami isteri menyambut hari raya secara berasingan. Iyerlah, time raya la nak pakai baju sedondon, amik gambar dengan isteri serta anak-anak, upload kat Instagram dan sebagainya.
Jadi memang tidak pelik apabila netizen kehairanan melihat Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim yang beraya secara berasingan. Seorang di Kelantan, seorang di Pulau Pinang..Kepelikan ini telah berjaya dikesan oleh netizen apabila Fizo dan Mawar masing-masing memuatnaik gambar tanpa pasangan di sisi menerusi Instagram mereka di lokasi berlainan. Spekulasi juga semakin bertiup kencang apabila Fizo memuatnaik gambar anaknya, Mawar tanpa dirinya dan isteri sebagai ucapan selamat hari raya.
Sementara itu Mawar juga hanya memuatnaik gambarnya bersama Maryam tanpa Fizo. Malah ucapan hari raya Mawar juga tidak menyebut nama suaminya itu. Fuh!!!
Sehubungan itu, netizen mula membuat spekulasi bahawa hubungan suami isteri antara Fizo dan Mawar mempunyai masalah sehingga menyebabkan mereka berhari raya secara berasingan. Nampaknya hanya Fizo dan Mawar tahu perkara sebenar yang terjadi dan mereka harus tampil membuat penjelasan sebelum khabar angin yang tidak betul semakin bertebaran. Apa pun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Sumber
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Harian Metro via My Artis