“Mula-Mulanya Mengadu Kebas Tangan & Lenguh Badan” – Izam EYE Disrang Angin Ahmar

Bekas bintang rancangan realiti Gema Gegar Vaganza, Izam EYE dikejarkan ke H0spital Serdang akibat ser@ngan angin ahmar selepas pulang dari Kuantan, Pahang, semalam.

Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 51, yang dahulunya pernah menjadi vokalis kumpulan EYE difahamkan mengadu keb4s tangan dan lenguh badan apabila tiba di kediamannya sekitar pukul 4 pagi.

“Abang Izam tiba di rumah jam 4 pagi dan mengadu rasa seperti kebas tangan serta lenguh badan.

“Saya memintanya berehat dan dia tidur selepas Subuh. Apabila bangun kira-kira jam 10 pagi, dia tidak boleh angkat tangan dan kaki.

“Seterusnya pada jam 1 tengah hari pula, dia langsung tidak boleh berdiri, tidak bermaya dan rebah di ruang tamu. 

“Keadaannya tidak stabil dan saya segera membawanya ke Hospital Serdang,” kata isteri kedua Izam, Rosmawati Hassan kepada Harian Metro.

Menurutnya, Izam ditempatkan di zon kritlkal wad kecemsan dan pemeriksaan dokt0r mendapati dia mengalami angin ahm4r ringan.

“Tekanan drah abang Izam terlalu tinggi. Dia memang tak makan ubt drah tinggi dan ini membhayakan keslhatannya.

“Buat masa ini dokt0r sedang memantau drah tingginya dalam tempoh 24 jam dan belum membenarkan dia masuk wad serta masih dalam keadaan sedarkan diri.

“Semalam dokt0r membuat imbasan untuk tengok sekiranya ada pendrahan dalam 0tak tapi tak nampak apa-apa. Begitupun, dokt0r akan buat ujian ini sekali lagi untuk memastikan tiada pendrahan kerana takut kemungkinan berlaku sesuatu yang lebih serius,” katanya.

Rosmawati berkata, bacaan drah tinggi suaminya mencecah 210 dan risiko untuk lumpuh sepenuhnya jika dibiarkan.

“Alhamdulillah, setakat ini baru dikesan angin ahm4r ringan dan harapnya tiada yang serius,” katanya.

Selain Rosmawati, Izam turut mempunyai isteri pertama iaitu Hayatie Rahmat dan dikurniakan tujuh anak.

EYE mencipta populariti pada era 1990-an menerusi lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, Kau Tetap Di Jendela Kenangan Ku, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dan banyak lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro via Gempak