PERSOALAN indivdu manakah did4kwa rapat dengan Datuk A Aida yang meles4pkan wang lebih RM200,000 bakal terjawab apabila bekas suami produser itu dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki individu tersebut iaitu Ariff Aziz, 30, pada Selasa lalu yang merupakan suspek utama kes berkenaan untuk diambil keterangan.
Polis turut meramp4s telefon bimbitnya.
“Suspek adalah bekas suami A Aida sendiri. Bagaimanapun pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
A Aida dan Ariff bercer4i selepas sembilan bulan bergelar suami-isteri.
“Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat,” katanya
Ditanya adakah kemungkinan Ariff akan didakw4 dalam masa terdekat, Noor Azmi berkata pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Selepas itu terpulang kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan susulan,” katanya.
Apa yang saya harapkan kes ini berjalan dengan baik dan pihak yang bersalah dapat didakwa menurut peruntukan undang-undang. – DATUK A AIDA, PRODUSER
Pada Rabu lalu A Aida, 49, mendedahkan dia kehil4ngan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.
Sehubungan itu, A Aida membuat laporan di Balai Polis Taman Bukit Indah, Ampang pada 21 Jun lalu berkaitan kes tersebut.
Dalam laporan yang dibuat itu, A Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transkasi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja yang mempunyai maklumat peribadi A Aida bagi tujuan tersebut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Noor Azmi Yusoff.
A Aida dikatakan menyedari wang berkenaan hilang yang keseluruhannya berjumlah RM213,805 ketika membuat semakan akaun semasa bercuti di Mesir antara 21 Mac hingga 31 Mac 2019.
Semasa semakan itu, A Aida mendapati terdapat dua transaksi luar biasa telah dibuat seseorang pada 1 Mac 2019 kira-kira pukul 5.45 pagi iaitu sebelum dia berangkat ke Mesir lagi.
Selepas pulang dari bercuti itu, A Aida melalui peguamnya Datuk Zulkifli Che Yong terus membuat permohonan untuk bercer4i dengan Ariff kerana rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Pada 18 Jun lalu pula, A Aida melakukan kejutan apabila dia mengumumkan sudah bercer4i dengan Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz selepas pelakon itu melafazkan cer4i talak satu pada 25 April 2019.
A Aida bersama peguamnya, Zulkifli Che Yong semasa sidang media pada 18 Jun lalu bagi mengumumkan percer4iannya.
Dalam pada itu A Aida yang dihubungi untuk menjawab adakah kejadian tersebut menjadi punca percer4ianya, dia bagaimanapun enggan memberi komen.
“Seperti saya katakan sebelum ini, jodoh… ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia yang menentukan apa yang berlaku.
“Mengenai kes itu pula, saya tak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia dalam siasatan polis dan biarlah pihak berkuasa sahaja mengulas mengenainya.
“Apa yang saya harapkan kes ini berjalan dengan baik dan pihak yang bersalah dapat did4kwa menurut peruntukan undang-undang,” ujarnya yang berjaya dihubungi lewat malam Khamis.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar