Lumrah manusia setidak-tidaknya mempunyai seorang idola masing-masing, begitu juga dengan Aaron Aziz. Hari ini, beliau berkongsi kisah inspirasi beliau di IG-nya dimana orang itu adalah ayah tiri beliau.
Netizen pula dilihat turut berkongsi kisah mereka diruangan komen. Siapa yang tak sayang ibu dan bapa yang menjaga kita bukan?
Kisah berikut diterjemah dari post Instagram beliau:
“Pada saya, orang yang menjadi inspirasi saya adalah orang yang telah memberikan segala-galanya dan tidak meminta apapun sebagai balasan. Ayah tiri saya, Abdullah Md Dawood adalah orang itu.”
“Dia adalah satu-satunya tokoh ayah yang saya tahu sejak bapa kandung saya meninggalkan saya ketika saya masih kecil lagi.”
“Dialah yang menjaga dan bahagiakan ibu saya, menyampaikan tanggungjawabnya dan menjalankan kewajibannya secara adil dan saksama.”
“Dia menjaga kami 3 beradik seperti anak kandungnya sendiri. Dan sehingga hari ini, dia tidak mempunyai anak yang ber-binkan namanya sendiri.”
“Kami semua menggunakan nama bapa yang berbeza daripada dirinya. Namun, dia menyayangi kami tanpa syarat. Dia adalah wira kami. Wira ibu saya. Wira saya.”, tulisnya.
Ini pula komen balas ayah tiri beliau:
“THANK YOU MY SON. IT’S ALWAYS BEEN MY DUTY TO SEE MY LOVE ONES THRU’ IN LIFE. YOU ALL HAVE GIVEN ME THE BEST GIFT IN LIFE, THAT IS MY GRANDCHILDRENS. I LOVE ALL WITH EVERLASTING LOVE AND MEMORIES. LUV U MY SON. “
Komen netizen:
izette69: Alhamdulillah Aaron, kadang2 bapa tiri lebih baik dari bapa kandung. Kalau tidak takkn dia nk nikah dgn ibu Aaron yg mana dia tau ibu Aaron ada anak2. Jgn la dilupakn beliau ya.
yati_sarbini: Sayangi & kasihi orgtua mu selagi dia ada Dik Aaron… Syurga d depan mata
sayonara.ayurie: sedih bro.. teringat abah sy duk jauh kt johor.. sy plak duk sabah..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : IG Artis