“Terima kasih ayah” – Dulu Kena Krung Dalam Reban Sebab Malas Sekolah, Sekarang Dapat Sambung Study Kat UK!

Siapa kat sini bapak dia garang dan tegas especially dalam bab-bab pelajaran ni?

Bersyukurlah sebab insan ini sebenarnya sedang build kita untuk jadi manusia berguna kepada bangsa, negara dan agama pada masa hadapan.

Ada yang kena rotan, kena grounded dan bermacam lagilah — semuanya demi kebaikan yang hanya dapat kita rasai nikmatnya kalau kita patuh nasihat orang tua.

Macam kisah seorang pelajar bernama Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat dari Kampung Jerangau, Dungun ni — dia siap kena kurvng dalam reban ayam lagi sebab tak nak ke sekolah!

Dalam perkongsian yang dimuatnaik di laman Twitternya, beliau mengakui semua pengalaman yang dilaluinya itu hanyalah kerana kedua ibu bapanya tahu bagaimana untuk membentuk anak mereka menjadi insan berjaya.

Nak dijadikan cerita, berkat ketegasan ayahnya yang merupakan seorang pemandu lori dalam membesarkan dan memberi didikan kepadanya — beliau sekarang berjaya menyambung pengajian ke menara gading.

Kalau nak tahu, anak bongsu daripada enam beradik ni merupakan antara pelajar yang terpilih ke Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom!

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur ini juga mendapat keputusan cemerlang 7A+ dan 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018.

Beliau bakal melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Kolej Yayasan UEM selama dua tahun, sebelum berlepas ke UK.

Haih, bukan calang-calang ‘insan’ yang kedua orang tuanya dah berjaya besarkan — sejuk perut ibu mengandung kan?

Kisah kejayaan anak muda ini berjaya menarik perhatian netizen lain, yang turut berkongsi pengalaman ‘didenda’ ibu bapa mereka kerana malas bersekolah — selain berbangga dengan pencapaian beliau.

Ada ‘harga’ yang perlu dibayar kalau kita nak berjaya sebab perjalanan menuju kejayaan tu bukannya mudah.

Kisah ketekunan Tengku Muhammad Ashraf yang berazam mahu membahagiakan kedua orang tuanya ini bolehlah dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berusaha mencapai matlamat yang sama.

Kita yang membaca ni pun dah rasa terharu dan berbangga dengan beliau, apatah lagi pulak kedua ibu bapa dan ahli keluarganya kan?

Good luck in your future endeavor dik!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Lobak Merah