“Saya Berkemungkinan H4mil Lagi & Perlu Banyak Berehat” – Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha mengakui banyak belajar daripada ins1den kegvgvran k4ndungan bayinya yang memasuki usia tujuh bulan pada awal Jun lalu.

Kata Fasha, dia belajar untuk tidak terlalu aktif pada usia awal kandungan dan perlu lebih prihatin terhadap keadaan diri sendiri.

“Memang pada usia sekarang saya berdepan pelbagai ris1ko seandainya h4mil tetapi seperkara yang saya belajar tentang apa yang berlaku ialah menjaga diri sendiri dan tidak terlalu aktif pada masa akan datang sekiranya diberikan rezeki h4mil lagi.

“Saya perlu banyakkan berehat dan ingatkan diri bahawa saya sedang berbadan dua,” katanya pada Gempak.

Fasha yang turut ditemani suaminya, Aidil Aziz hadir pada majlis rumah terbuka Mind Order di Forest Valley Hall, Cheras pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Fasha menyifatkan kegh4irahannya untuk berkongsi berita keh4milannya terlalu awal kepada peminat bukanlah punca ins1den kegvgvran kandungannya.

“Kalau ikutkan sebelum ini pun saya umumkan kandungan saya walaupun masih peringkat awal.

“Orang yang h4mil lima bulan pun boleh gvgvr. Semuanya berbalik pada soal rezeki, sebab tak pernah pun orang cakap umum h4mil terlalu awal akan ada perkara tak baik boleh berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

👨‍👩‍👧‍👦 . . . . . 👗 @syuscouture @rumahkebayabangsar . 👕 @caryazaraofficial #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Tetapi saya tak kisah apa orang nak cakap, semuanya berbalik pada soal rezeki,” tambahnya.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu selepas beberapa bulan berkenalan.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak