JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, merancang menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasar raya besar untuk beroperasi di Johor.
Dalam entri terbaharu di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda bertitah pasar raya berkenaan akan menjual barang keperluan pada harga lebih rendah.
“Pasar raya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.
“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan baginda dalam tempoh terdekat.
Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook itu, Sultan Ibrahim kini berada di Asia Barat atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.
KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) merupakan antara inisiatif murni hasil ilham Baginda.
Baginda Tuanku Sultan yang kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.
DYMM Sultan Johor merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor. “Pasaraya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.
“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (28 Mac).
DYMM Sultan Johor bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan Baginda umumkan dalam tempoh terdekat.
Usaha bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menjadi agenda serta fokus DYMM Sultan Johor.
Sumber : BH via FB Sultan Johor