Kalau Dah Habis Makan Tu Baliklah! Jangan Nak Lepak – Hanez Suraya

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya ada membuat luahan mengenai sikap sesetengah daripada individu yang dilihat pentingkan diri saat menghadiri rumah terbuka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

39w – 67KG = semuanya dah kembang 🤣

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

Kongsinya menerusi Insta Stories di Instagram,

“Gi open house rumah orang dah makan tu dah-dahlah baliklah. Ni melepak pun pergilah cari port lain.

“Orang baru sampai nak duduk makan tak ada tempat sebab korang punya duduk tak hengat. Kalau ya pun nak cuci mata bukan ini masanya

“Tengahari panas berkicap woi,” maklum ibu kepada seorang cahaya mata ini tegas.

Bagaimanapun, tidak dinafikan kesedaran mengenai hal sedemikian masih ada yang kurang diamalkan, lebih-lebih lagi dengan ibu yang sarat mengandung seperti Hanez. Sepatutnya bagilah ruang atau tempat duduk, tak gitu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga ❤️ – abaikan si kecik bersongkok itu 😜

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

 

5 tahun memujuk akhirnya suami izinkan Hanez Suraya berlakon

PELAKON Hanez Suraya memberitahu kehamilan keduanya memberi banyak cabaran kerana dia mengalami alahan teruk sepanjang tiga bulan pertama.

Kata Hanez, 34, berbeza dengan kandungan pertama sebelum ini, kali ini dia mengalami muntah setiap hari pada waktu malam sehingga membuatkan dirinya lemah.

“Sekarang sudah masuk empat bulan… Alahan selain muntah-muntah masih berterusan tetapi yang peliknya ia terjadi pada waktu malam.

“Selain daripada itu, Alhamdulillah keadaan saya seperti kebanyakan ibu mengandung yang lain dan memang saya lawan rasa loya itu sebab kalau tak semua perkara tak jalan.

“Saya dan suami sangat teruja dengan rezeki diberikan Allah kerana anak perempuan kami pun sudah masuk empat tahun jadi sekarang masa sesuai untuk menimang cahaya mata baru,” ujarnya.

Hanez ditemui pada sidang media pengumuman calon Top 5 ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) yang diadakan pada Isnin.

Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 4 tahun.

Dalam pada itu, Hanez berkata, hasratnya untuk kembali berlakon juga terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan dirinya itu namun tidak menolak akan aktif selepas bersalin pada Julai depan.

Kata Hanez, suaminya juga sudah memberikan keizinan untuknya berlakon semula selepas beberapa tahun memujuk kerana terlalu rindukan dunia lakonan.

“Ikutkan sudah lima tahun saya tidak berlakon dan bab memujuk suami tu agar beri keizinan memang selalu sampai akhirnya dia izinkan.

“Saya selalu terangkan kepadanya industri lakonan hari ini sudah berbeza… Malah kebanyakan pelakon semuanya bertudung dan tiada lagi babak berpegangan.

“Alhamdulillah suami izinkan tetapi biarlah watak itu sesuai dengan saya tetapi nampaknya kena tangguh dulu sebab hamil,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, selain fokus kepada kehamilannya, dia teruja apabila ditawarkan menjadi duta produk Deeja selama setahun pada November tahun lalu.

Katanya, dia menyifatkan peluang itu sebagai rezeki anak keduanya malah mendapat tawaran itu pada hari sama dia disahkan hamil.

Foto: Instagram Hanez Suraya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH