Akhirnya.. Penantian Berakhir! Ibu Dedah-Tarikh Nikah Fasha Sandha..

KUALA LUMPUR – Ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan, Aidil Aziz pada 30 Mac ini (Sabtu).

Perkara itu dikongsikan Hatijah melalui status dalam laman Instagram sebentar tadi.

“Sebelum menjelangnya lusa (30 Mac), bersempena anakku akan bergelar isteri kepada Aidil. Mama ucapkan agar berbahagia hidupmu anak sehingga ke Jannah.

“Mama mendoakan agar Aidil dapat memberi kasih sayang kepadamu terutama kepada cucu-cucu mama sehingga ke hujung nyawa dengan seikhlas hatinya,” tulisnya.

Fasha sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinannya dengan Aidil, 32, namun hanya memberitahu pernikahan mereka akan berlangsung pada hujung bulan Mac.mDifahamkan, pernikahan tersebut bakal berlangsung di kampung halamannya di Perlis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirahmanirahim, 28th March 2019 Insyaallah hari lahir yang akan diingati, kerana serentak dengan #malamberinaiaidilfasha , ini merupakan kali pertama saya diraikan di majlis berinai. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih diatas semua doa2 yang diberikan. Ucapan setinggi2 penghargaan buat semua yang hadir di majlis kami. Mohon AMPUN diatas kekurangan yang ada. Maaf jika belum sempat membalas satu persatu, kerana akan berkejar ke kampung halaman hari ini. Terima kasih buat semua 🙏 Allah saja yang akan membalas jasa baik kalian semua . . . Setinggi2 Penghargaan buat yang terlibat di Malam berinai #aidilfasha . Wedding Planner by @weddingsbyemma Organizer @mindorder Tatarias oleh Dato @alhaalfa Busana @rumahkebayabangsar @syuscouture Lokasi dan Makanan @theloveatmatic Manisan @sugarcandymy Tengku Alliana Video/gambar @cstproduction Emcee @jaasuzuran Henna @leahenna_artist Persembahan @amelinaamirsharipuddin Koreografi/tarian @dayana_productions Aiskrim by @katering.aiskrim.sedap.rm1 Popcorn daripada @mlady_party_candy Photobooth @class6photobooth Kek @aniesbakehouse Hadiah @majesticdecor_malaysia Terima kasih juga kepada; @weddingconsultantbyanita @murshid_eunos @snowerrewons @wahiaziz @rita_sosilawati @ladyzdayana

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 35, dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu di Ampang, Selangor. Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Kali ini saya rasai erti perkahwinan sebenar 

Bergenang air mata pelakon Fasha Sandha apabila membayangkan hari pernikahannya dengan Aidil Aziz semakin dekat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

9 orang anak 😊❤️ I love you kids I love you my family … . . . . #majlisberinaiaidilfasha #aidilfasha Setinggi2 Penghargaan buat yang terlibat di Malam berinai #aidilfasha . Wedding Planner by @weddingsbyemma Organizer @mindorder Tatarias oleh Dato @alhaalfa Busana @rumahkebayabangsar @syuscouture Lokasi dan Makanan @theloveatmatic Manisan @sugarcandymy Tengku Alliana Video/gambar @cstproduction Emcee @jaasuzuran Henna @leahenna_artist Persembahan @amelinaamirsharipuddin Koreografi/tarian @dayana_productions Aiskrim by @katering.aiskrim.sedap.rm1 Popcorn daripada @mlady_party_candy Photobooth @class6photobooth Kek @aniesbakehouse Hadiah @majesticdecor_malaysia Terima kasih juga kepada; @weddingconsultantbyanita @murshid_eunos @snowerrewons @wahiaziz @rita_sosilawati @ladyzdayana

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu, tidak dapat menyembunyikan rasa sebak kerana hari bahagia kali ini mendapat restu dua belah pihak iaitu daripada keluarganya sendiri dan Aidil.

Dugaan Bernikah..

“Dugaan sebelum hari pernikahan pasti ada. Kalau tiada, tidak normal. Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar.

Direstui dua keluarga

“Mungkin kali ini apabila mendapat restu daripada kedua-dua pihak, rasanya lain. Lebih disayangi.

Kali ini ada majlis tunang

“Kali ini ada majlis bertunang, malam berinai dan segalanya dirancang dengan baik. Untuk saya, perkara-perkara seperti ini patut ada dalam kehidupan setiap wanita,” ujar Fasha ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis malam berinainya di The Love @ Matic di Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya tentang tarikh sebenar pernikahannya, Fasha, 34, masih enggan terlalu memperincikan perihal tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hanya daripada adikku Dato @alhaalfa ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Ikut perancangan hujung bulan ini (Mac). Bagaimanapun, kalau sudah benar akan jadi, baru saya akan kongsi kerana kita tidak tahu apa akan jadi tetapi perancangan memang hujung bulan ini.

“Persiapan pun banyak belum siap. Belum lagi 80 peratus kerana saya suka buat semuanya sendiri. Kalau orang lain buat, takut rasa tertinggal,” kata pelakon filem Anak Halal itu yang memilih tema Melayu Klasik untuk malam berinainya.

 

Sumber – K! ONLINE