Kisah percintaan pelakon A-List Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo semakin menjadi perhatian peminat di seluruh dunia apabila pasangan selebriti ini telah mengumumkan pencer4ian minggu lalu.
Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik satu potongan video yang memaparkan drama Descendants of The Sun yang dilakonkan pasangan berkenaan.
Kongsi pelakon yang berusia 43 tahun itu, dia berasa sedih apabila menonton drama bersiri terbabit.
Lebih-lebih lagi, apabila mereka berpisah selepas 2 tahun berkahwin.
“Mood sisturr xberapa elok seminggu ni..kemurungan…cari pasai bila nk leh move on ni? ni mls nk layan korea…dgr lagu je ble nangis teringat scene2 lagu2 tu…
“mmg sistur hati tisu …. @cik_ala117 help…sambil vacum lantai pon sedih,layan lagu bila sedih mmg lg fokus buat keja,klau bole nak cat sekali satu umah,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga berasa sedih dan terharu apabila melihat perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Bagi sesiapa yang meminati drama korea pasti akan merasai perasaan yang sama dilalui oleh Rita, betul tak?
Video : Instagram Rita Rudaini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MH