Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon cantik Nur Fazura, pelakon Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sangat bahagia. Ujarnya, disebalik kejayaannya, Fazura adalah wanita yang banyak mendorongnya dan sentiasa ada ketika susah mahu pun senang.
Jika diberi skala kebahagiaan, Fattah memberikan markah maksimum untuk menggambarkan kebahagiaan rumah tangganya. Kata Fattah lagi, kebahagiaan rumah tangganya itu atas doa peminat dan keluarga.
View this post on Instagram
“Kalau bagi skala bahagia 1 sehingga 10 tu, 10 la. Kalau 100 sehingga 100 tu, 200 peratus. Ini mungkin doa daripada peminat dan keluarga. Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya bahagia dengan isteri saya.
“Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura,” katanya kepada Media Hiburan.
Ditanya mengenai soal zuriat, Fattah memberitahu dia dan Fazura menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki dan meminta para peminat mendoakan agar mereka dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata.
“Saya tak salahkan orang untuk tanya soalan itu. Bila kita tak kahwin orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak.
“Kami sama-sama berusaha tapi rezeki itu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tidak lama lagi,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya