“Tidak Pernah Saya Temui Lelaki Ikhlas Menyayangi Saya” – Azira Shafinaz & Yasser Khan Kembali Bercinta

Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui bersyukur apabila kembali bercinta semula dengan kekasihnya, Yasser Khan selepas enam bulan berpisah.

Menurut laporan BH Online, Azira menjelaskan dia memilih untuk kembali ke pangkuan kekasihnya sebelum Ramadan lalu kerana Yasser memiliki segala kriteria dicari dalam diri seorang lelaki.

“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana cvrang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.

“B0hong jika kami pernah tidak bergaduh atau bermasam muka, lebih lagi hubungan kami sudah berlanjutan hampir enam tahun. Ada ketika, perkara yang kecil boleh menjadi isu besar.

“Kami perlukan tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri. Keputusan itu memberi kami ruang untuk berfikir semasak-masaknya, sama ada mahu mengakhiri atau memperbaiki hubungan yang berantakan,” katanya.

Tambah Azira, jejaka kelahiran Sarawak itu juga mempunyai cara pemikiran yang berbeza, malah sentiasa membentuknya menjadi insan yang lebih baik.

Yasser juga katanya, sangat memahami, malah tidak cemburu buta dengan kehidupan Azira yang sentiasa dilimpahi perhatian ramai.

“Paling utama, dia mementingkan agama. Dia selalu menekankan mengenai solat dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan.

“Saya selalu memberitahu rakan, saya mahukan ‘imam’ yang dapat membimbing, bukan lelaki yang hanya memandang kesempurnaan luaran, tetapi gagal membentuk saya.

“Tidak pernah saya temui lelaki yang ikhlas menyayangi saya seperti Yasser. Biarpun hubungan kami pernah diuji dengan perpisahan, Yasser tidak berputus asa memujuk dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH Online