Minat dan hobi setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka mengisi masa lapang dengan aktiviti santai dan ada juga yang gemar aktiviti Iasak. Kadangkala aktiviti yang dilakukan secara suka-suka akan menjadi serius jika mempunyai kesungguhan yang tingggi.
Semalam, telah tular di media sosial satu rakaman video seorang anggota bomba sedang membuat aksi ekstriiem menggunakan basikal BMX.
Lengkap berpakaian sebagai seorang bomba, Nur Hazme Janis 32 dilihat begitu hebat menunjukkan bakatnya dalam video yang berdurasi 30 saat itu.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook Friends of Bomba Malaysia yang memetik artikel di Harian Metro, Nur Hazme sebenarnya pernah menyertai beberapa pertandingan melibatkan basikal BMX ini sehingga memenangi kejuaraaan tersebut.
Hazme juga memberitahu bahawa dia kerap meluangkan masa untuk berlatih agar skill yang diperoleh tidak hilang. Dia juga mengakui berguru dengan seseorang untuk mendapatkan ilmu yang terbaik bagi hobinya.
Video
Bukan biasa2..abang bomba ni dah wakil Malaysia la😎 🚒*update: Nur Hazme berkata, video dirinya menunggang basikal BMX berdurasi 30 saat menunjukkan aksi ekstrem, BMX Flatland itu diambil ketika di Balai Bomba dan Penyelamat Sentul di Kuala Lumpur.“Saya memang minat dengan sukan itu sejak di bangku sekolah lagi. Meskipun sudah memasuki alam pekerjaan dan bertugas sebagai anggota bomba, minat itu masih tebal.“Saya banyak menyertai pertandingan (sukan ekstrem kategori basikal BMX) ‘underdog’ sahaja sebelum ini. Di Peringkat antarabangsa pula, kejayaan peribadi saya apabila mewakili Malaysia ke peringkat akhir pertandingan Asian Beach Game di Phuket, Thailand, lima tahun lalu.“Saya juga mewakili Malaysia dalam pertandingan sukan ekstrem di Indonesia dan memenangi tempat kedua pada 2017,” katanya kepada wartawan Harian Metro.Menurut anak muda yang berasal dari Taman Daya, Johor Baharu itu, dia banyak mempelajari teknik sukan berkenaan melalui YouTube, selain berguru Ahmad Saiful Aziz atau lebih dikenali sebagai Mat Dagu, yang dianggap legenda dalam permainan sukan ekstrem BMX.“Saya banyak berguru dengan Mat Dagu, selain juga menonton YouTube, kadang-kadang memang penat tapi minat mengatasi segalanya.“Lazimnya selepas pulang kerja, saya akan berlatih di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara bersama rakan selama tiga hingga empat jam,” katanya.Mengulas lanjut, Nur Hazme berkata, meskipun minat terhadap hobi ‘mahal’ dia tidak pernah merasa rugi kerana berbaloi dengan apa yang dibelanjakan.“Benarlah orang kata, kalau sudah minat wang bukan halangan. Saya sendiri berbelanja sehingga RM7,000 hingga RM8,000 demi sebuah basikal ‘custome setup’ (ubah suai),” katanya.Sumber:Harian Metrohttps://www.facebook.com/242585535784335/posts/2411281215581412?sfns=mo
Posted by Friends of Bomba Malaysia on Tuesday, July 2, 2019
Menjengah ke ruangan komen Facebook Friends of Bomba Malaysia, rata-rata netizen telah meninggalkan komen positif di ruangan tersebut.
Mereka telah memuji bakat yang ada oleh Nur Hazme dan mengaguminya kerana boleh menyeimbangkan kerjaya dan minat secara baik.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Friends of Bomba Malaysia via Celotehsaje