Pelakon dan usahawan, Didie Alias mengakui tiada menyimpan dendam terhadap bekas suami, pelakon Ridzuan Hashim meski ada beberapa isu yang pernah terjadi sebelum ini.
Katanya kepada MH, atas faktor anak-anak serta kematangan usia, fokusnya kini hanyalah terhadap anak-anak dan keluarganya barunya sahaja.
Didie bagaimanapun mengakui ada bertemu dengan bekas suaminya itu pada sambutan hari jadi cucunya, baru-baru ini.
“Saya baru bertemu dengannya dalam sambutan hari jadi cucu pertama. Kami berjumpa. Iyelah majlis hari jadi cucu, kita pun sudah tua. Kalau dia borak, saya borak sajalah.
“Anak-anak dengan dia okay, tiada masalah memandangkan anak-anak pun sudah besar. Malah kami pun dah terima cucu.
“Nak kata kitaorang bermusvh tu tidaklah, tetapi kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun hanyalah anak-anak pergi melawatnya. Macam dulu waktu anak-anak masih kecil dia yang akan ambil anak kerana ketika itu anak-anak tinggal bersama saya,” katanya jujur.
Pada masa sama, Didie turut ditanya apakah tips yang diguna pakainya di dalam memastikan keharmonian hubungan antara anak-anak dengan bapa mereka meski sudah tidak tinggal bersama.
“Mereka tidak pernah tahu apa punca saya bercer@i dan mereka saya tidak pernah burukkan bapa dia. Apa yang baik atau buruk dia aku telan dan aku simpan.
“Jadi biarlah dia sayang bapanya hingga menutup mata. Sekarang ni pun saya dengar dia tidak berapa sihat.
“Jadi saya pun ada beri pesan pada anak-anak yang sudah besar ni agar selalulah jenguk bapa. Dia tinggal bersendirian. Saya tidak pernah menghalang anak-anak dari bertemu dengannya,” kongsinya lagi.
Yang pasti, penggerak kepada festival beli-belah, Le Fest Tour ini turut mendoakan kesejahteraan bekas suaminya itu.
“Saya sentiasa mendoakan dia, itu sahaja. Kalau kata ada perkara yang dia simpan tak nak bertegur dengan saya ke saya tiada masalah. Cuma kekuatan saya ialah apa yang saya target untuk keluarg,” akhiri Didie.
Didie dan Ridzuan yang juga merupakan pelakon popular era 90-an mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1991 sebelum berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Didie kini sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Norisham Ismail pada Mei 2009.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Didie, Ridzuan Hashim via MH