Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun depan.
Katanya, filem terbabit akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd, dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya
Menurut Shahrulezad, penggambaran filem itu dijangka bermula pada Mac tahun depan berikutan pelakon utamanya, Amyra Rosli, baru sahaja mengumumkan dirinya hamil anak kedua.
“Jika boleh, kami memang ingin memulakan penggambarannya secepat mungkin. Namun, kami juga perlu mengambil kira keadaan Amyra kerana dia antara tunjang utama filem ini.
“Bagi versi layar perak, saya akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan drama Nur musim kedua, yang menemui penonton baru-baru ini. Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” katanya sambil memaklumkan, penggambaran filem berkenaan akan dilakukan di dalam negara.
Kata pengarah itu juga, dia sekali lagi menyerahkan tanggungjawab menyempurnakan skor muzik untuk filem terbabit kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Sebelum ini, mereka menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang untuk melatari drama berkenaan.
“Saya selesa bekerjasama dengan mereka dan saya yakin, kedua-duanya akan terus menghasilkan muzik yang mampu menghidupkan ‘mood’ dan emosi dalam Nur,” katanya.
Ditanya mengenai pelawaan Istana Budaya untuk mementaskan drama terbabit di gelanggang seni cukup berprestij itu, dia berkata, sehingga kini belum ada perkembangan terkini mengenai perkara berkenaan.
Artikel berkaitan;
Keejutan Buat Amar Baharin! Amyra Hamil Anak Kedua
Pelakon Amar Baharin berkongsi berita gembira dengan peminatnya iaitu Amyra kini hamil anak kedua mereka.
Berita gembira itu diumumkan Amar menerusi satu video klip yang disiarkan menerusi saluran YouTube.
Menerusi video tersebut, Amar menerima kejutan sempena hari lahirnya yang ke-34 pada hari ini, 1 Julai.
“Hari ini 1 Julai 2019, adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya #AmyraRosli bagi hadiah pregnancy test yeaaahhaaaaaaaaaa.
“Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby dalam kandungan,” tulis Amar.
Amar telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amyra Rosli pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.
Sumber : MHE TV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:BHonline/ IG @budakijat