Isteri kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dikenali sebagai Rihana Petra sebelum ini ada berkongsi kisah pertemuan kali pertamanya dengan Sultan Kelantan pada musim bunga 2017 di Eropah.
Kisah pertemuan terhenti seketika dan ramai menunggu untuk beliau menyambung kembali ceritanya..
Kisah Percintaan Part II
Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.
Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi.
Datang ke Malaysia
Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia.
Sultan Melamar Pada Satu Makan Malam Romantis
Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya.
Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah
Sebelum ini Rihana Petra pernah berkongsi rasa bersyukur jika diberikan zuriat yang ramai. Gambar beliau mula memakai turban turut mendapat perhatian ramai.
Rata-rata pengikut Rihana teruja mengikut kisah cinta Sultan kesayangan ramai ini dan berasa kagum dengan kesungguhan beliau menulis di dalam Bahasa Melayu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : IG Rihana Petra/hiburan media terkini via SinarViral