Erra Fazira Bakal Tunai Haji Ogos Depan, Buat Rukun Islam Kelima Seorang Diri Tanpa Ditemani Anak Atau Rakan?

Primadona alaf baru, Erra Fazira difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan.

Malah, pemergiaannya ke tanah suci kira-kira selama dua minggu itu juga tidak akan ditemani rakan atau ahli keluarga.

“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya, seperti yang dipetik MHE.

Malah, dikhabarkan penyanyi Jendela Hati itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillahhhh .. . Thank you @qaiserdarussalam for inviting us.. it was a great session. So Glad to meet all sisters yg lamaaa tak jumpa! Great food n sedikit tazkirah from ustaz Md Noor.. pendek tapi zasstt padat!! We should do this more often., so rumah siapa next?? 😁😁

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Erra sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, bintang senior ini baru sahaja selesai menjayakan pembikinan filem Wangi arahan Yeop Hitler.

Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan ramai lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini kenyataan @errafazira berkenaan konflik persahabatan yang berlaku melibatkan dirinya. Sedutan penuhnya di IG TV kami nanti

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Foto: Instagram Erra Fazira

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH