[VIDEO] Ayda Jebat Gigi Berkarat, Selekeh Menari Lagu Temberang

Kec0h di media sosial sejak semalam apabila pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi penampilan terkininya yang selekeh mengenakan baju-T lusuh lengkap berselipar dengan rambut dan wajah kusut.

Malah, video yang dirakam secara kandid aksi bintang ini yang menari-menari berlatarkan single hits, Temberang di tepian jalan raya turut ‘memancing’ mata ramai sekali gus mencetuskan tular.

Bagaimanapun, ramai yang dapat meneka bahawa penampilan terkininya itu adalah sebagai suatu tuntutan watak drama rantaian terkini lakonan Ayda berjudul Cindai di bawah produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

“1st day. Ok ni lah Cindai. Mesti boyfriend tak mengaku ni girlfriend. Swipe kiri untuk gambar yang lebih cute. Steaaaady Cindai…,” tulisnya di entri Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😂😛 . Duh! Waduh waduh! Don’t worry be happy like Cindai. 😂🤪 . #AydaJebat #Cindai #CindaiTV3 #SamarindaTV3 #JSPictures #CindaiTemberang #Temberang #BilaTuitionCancel

Siaran dikongsi oleh Ayda Jebat (@aydajebat) pada

Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, penampilan sedemikian merupakan antara babak penting dalam Cindai.

Mendukung watak sebagai gadis teranaiya yang turut berdepan dengan krisls ment@l, Cindai merupakan suatu naskhah yang ditunggu-tunggu penerima Lagu Terbaik 2018 Anugerah Planet Muzik 2018 ini.

“Sudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.

“Ada lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan peny@kit ment@l dan bip0lar.

“Sedar tidak sedar, sebenarnya ada di antara kita juga yang ada simpton sedemikian, cuma mungkin tahapnya mungkin berbeza dengan individu lain.

“Sebab itulah ada di antara kita yang hilang kawalan lalu sanggup berbuat jahat. Kita sedar hal itu tak betul, tapi tidak dapat untuk kawalnya. Itulah konflik jiwa yang dihadapi Cindai” katanya.

Ayda bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu mencuba hingga wataknya dibawa secara berlebih-lebih.

“Meski saya ada buat beberapa rujukan, namun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan watak sedia ada.

“Biarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu ‘ready’, tetapi lakukan dengan cara yang ‘steady’,” jelas Ayda lagi.

Selain Ayda, drama 12 episod ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Ayda Jebat via MH