Pelakon Nora Danish telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan suaminya, Nedim Nazri bersama anak-anak mereka, Putera Rayqal Ramli, Mohamed Nedrin dan Mohamed Neqayl Nedim sedang bersantai di rumah.
“I’m the only girl in the house. Forever ur princess mi amor @boss_ned,” tulisnya sebagai kapsyen.
Nedim turut meninggalkan komen di ruangan entri tersebut dengan memberi bayangan menginginkan anak perempuan.
Lihat siaran ini di InstagramI’m the only girl in the house 🙂 forever ur Princess mi amor ♥️ @boss_ned
“Hahaha! Yes my love you are. Baby girl next? Fight for your position,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Nora turut sama mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan.
“@akmamamat: Bagi hint dah tu boss @boss_ned paham-paham la kak nora.”
“@farah.nornajihah: Mesti baby girl muka macam ney ney versi girl. So cute.”
“@sobella: Next baby girl.”
Terdahulu, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Sumber: Gempak