Nama Rozita Che Wan sudah sinonim dengan penampilan mewah dan solekan yang dramatik. Sudah menjadi trademark usahawan itu juga untuk mengenakan bulu mata palsu yang menonjol setiap kali keluar atau bergambar.
Jarang-jarang dapat melihat Che Ta tanpa solekan mata yang berat, tiba-tiba semalam wanita itu ‘belanja’ satu foto bersama anak perempuannya Aaisyah ketika mereka keluar untuk makan durian.
Pengkongsian itu membuatkan ramai merasakan ada sesuatu tidak kena dengan gambar berkenaan dan tertanya-tanya apakah yang kurang dalam gambar tersebut.
Lihat siaran ini di Instagram
Setelah menyedari bahawa Che Ta ‘tiada bulu mata’ dalam gambar itu, ramai yang memuji raut wajah pelakon itu dengan mengatakan dia nampak jauh lebih muda serta kecantikkan semula jadinya terserlah tanpa memakai bulu mata palsu.
“Ku suka gila mu begini…”
“Nampak muda bila takde bulu mata…”
“Segak yakmat…”
“Dok tenung lama gambaq Che Ta ni lain benau…dok pikiq apa tang lain…”
“Muka hampa suci nau…”
Sumber: Instagram via HCL