Penyanyi Fynn Jamal mengakui 2018 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya apabila suaminya, Hazrilfitri Hadzir telah dimasukkan ke hospital.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fynn menjelaskan dia sejak mula berkahwin dia sudah merasai pengalaman bersama dan ada kalanya membuatkan dirinya hampir berputus asa.
“2018 was the worst year by far. Suami aku warded. schiz0phrenia. Took this picture exactly this time last year. Dari hari pertama kami nikah, semua rasa dah jatuh miskin, lari rumah, jobless dan dic@ci fitnah.
“Berkali-kali aku buktikan aku ada untuk dia, setia teguh kat sebelah tapi tu lah tu. Tak namanya dug@an kalau kita diuji dengan benda kita tak suka. Kalau kita memang tak suka togeh, nasi kerabu takde togeh adalah nikmat. Hanya kalau kita suka togeh dan togeh takde baru kita rasa dugaan. Betul, kan?
“Makanya, bila suami tercinta diduga dengan kesihatan aku jadi hilang punca. Aku isteri yang terlalu dimanja. Jadi tak reti buat apa-apa sebab semua dah dibikin dia. 2018 was h@rsh, weh tapi aku mampu je nak hadap, sebenarnya sebab dari kecik aku saksikan macam mana abah menyantuni mak allahyarhamh terdampar di katil kerana k@nser yang dah tangkap seluruh jas@dnya. I could be like that.
“Antara benda aku selalu pesan pada diri gitulah pembuktian cinta. Aku telah lama bersedia tapi yelah like I said kalau benda tu kita mampu tak ada la namanya ujian. الله upgrade test paper aku. Instead of suami diduga saklt fizikal dia hilang dalam dunianya,” tulisnya.
Tambah Fynn, walaupun apa pun dug@an yang datang terhadap dirinya, dia tidak berputus asa serta yakin dengan nikmat yang Allah akan berikan kepadanya.
“I remember istikharah hari-hari asking should I stay, or should I not. Bukan sebab aku tak sanggup, but for the safety of my children kalau datang hari chemic@l imb@lance dia dan setiap hari ada sahaja cara الله memberitahu bertahan and I did just that.
“2018 was the worst year for us. ujian kesihatan. bisnes jatuh. cinta berderai but look at all this yang الله bayar tunai. Kesihatan suami makin baik. @susujuna @fynnjamal.rtw hit our millions sebelum separuh tahun. Kami pindah rumah yang tak pernah walau sekali disangka mampu. Macam-macam lagi yang by الله tak terjangkau akal aku nak sebut— punyalah tak penah dibayang,” tulisnya.
Rata-rata mengakui tersentuh dengan perkongsian yang dilakukan oleh Fynn dan menganggap dia merupakan seorang wanita yang tabah dalam menempuhi dugaan dalam hidupnya.
Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin telah mendirikan rumah tangga dengan Hazrilfitri Hadzir pada tahun 2010 dan dikurniakan seorang anak bernama Arjuna.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak