Kepandaian budak-budak zaman sekarang ni memang out of the box sungguhlah. Min tak sangka di usia yang muda, mereka dah pandai nak reka cipta macam-macam benda!
Baru-baru ni, viral di Twitter seorang adik sanggup reka cipta powerbank handmade buat abangnya yang mengadu tak cukup duit nak beli alat elektronik tu. Hebat sungguh ciptaan budak ni!
Aku cakap kat adik aku "Abang nak beli powerbank tapi belum gaji". Look what he made for me 😭 A handmade powerbank 😭 Im really grateful to have a little brother like him 😭 Nanti abang belanja MCD as promised 😭 pic.twitter.com/EDnIFjlUld
— Aaoisora (@Chaenghatesyou) July 22, 2019
Menurut si abang, dia cuma mengadu yang tak ada duit nak beli powerbank kerana belum masuk gaji. Tup-tup adiknya buat surprise bagi powerbank handmade ni. Salute betullah admin dengan budak ni!
Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang teruja habislah tengok reka cipta adik ni. Siap ada yang suruh dia tambah lagi beberapa perkara dalam powerbank ‘pening’ tersebut.
To those yang tertanya boleh charge ke. Inilah hasilnya adik saya cipta semalam 😁❤ Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni 😬 Thankyou guys sebab support adik saya 😊❤ Semoga adik kalian akan membantu kalian juga 😊 pic.twitter.com/kEL7aXZy1m
— Aaoisora (@Chaenghatesyou) July 23, 2019
So inilah adik saya 😬 Masih belajar si Sekolah Sultan Ismail (SSI) dan baru form 2 ye guys. Umur 13 tahun nak ke 14 😬 pic.twitter.com/ssM9yBRXcE
— Aaoisora (@Chaenghatesyou) July 23, 2019
Apa-apapun min dah nampak future adik tersebut. Cerah dan ada peluang besar nak jadi electrical engineer ni!
“Ingat budak uni ke apa sekali baru Form 2. Dia ada masa depan yang cerah dalam teknologi”
Selain daripada mempunyai adik yang genius, untung abang dia sebab si adik ni seorang yang penyayang. Sanggup buat powerbank sebab nak abang dia berjimat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Lobakmerah