“Sentiasa Jadi Pendengar Yang Baik” – Yana Samsudin Kongsi Tips Bina Kepercayaan Anak

Pelakon Yana Samsudin berkongsi beberapa tips ketika berkomunikasi dengan anak untuk membina kepercayaan dalam diri mereka.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.

Menurut Yana, dia selalu mendengar cadangan atau pendapat anaknya, Aisy Mateen dan akan memberi solusi atau penerangan jika tidak bersetuju dengan idea anaknya itu.

“@aisymateen dah besar panjang ni, ada je perminataan dia sendiri. Kitorang akan dengar juga idea dan cadangan dia, kalau boleh guna pakai kita akan ikut tapi kalau tak ngam, Yana akan bagi solusi dan terangkan hingga dia faham,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Yana turut menyenaraikan tips penting yang selalu diamalkannya.

“Tips untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik, nak bercakap dengan :

1: Anak lelaki guna tone suara rendah

2: Mata bertentangan sama paras

3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas

4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan ‘faham tak?’ kalau dia ada respon, jawap ‘faham atau dia mengangguk’ tandanya dia faham lah tu.

5: Dan yang paling terakhir serta basic adalah ‘SENYUM’ kat anak kita! Bagi senyuman paling manis sekali dan pelukan paling hangat dan penuh kasih sayang!” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Yana mengucapkan terima kasih atas perkongsian itu dan memuji cara pendekatan tersebut.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

korang dinner aper malam ni?? haaa nampak tu @aisymateen dah beso panjang ni, ader jer permintaan dia sendiri 😌 . . kitorang akan dengar juga idea dan cadangan dia, kalau boleh guna pakai kita akan ikut tapi kalau tak ngam yana akan bagi solusi dan terangkan hingga dia faham… . . tak sangka usia dari 2 tahun lebih dia dah pandai bagi idea & ber negotiation. . . now dah 3 tahun ni, lagi lah… semalam dia bagi teka teki kat kita! 😱 . . sebab tu, tips untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik… nak bercakap dengan 1: Anak lelaki guna tone suara rendah.. 2: Mata bertentangan sama paras (eye level) 3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas. 4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan “faham tak?” kalau dia ada respon, jawab “faham atau dia menganguk ” tandanya dia faham lah tu… 5: Dan yang paling terakhir serta basic ialah “SENYUM ” kat anak kita!! bagi senyuman paling manis sekali!!! Dan pelukan paling hanggat dan penuh kasih sayang!!!! 🥰😍🌺 . dengar macam dealing dengan orang besar kan? tapi percayalah dak kecik anak kita tu bijak sebenarnya…. #TipsBolehGunaPakai #MateenDanMommy

Siaran dikongsi oleh Yana Samsudin (@yanasamsudin) pada

Imbas kembali, Yana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fadzil pada 13 April 2015 dan mereka menerima kehadiran Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Dalam industri hiburan pula, Yana mula terkenal menerusi lakonannya dalam filem Mami Jarum Junior arahan Prof. Madya A Razak Mohaideen pada sekitar tahun 2003.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Yana Samsudin via Gempak