Satu penghijrahan yang boleh dijadikan contoh kepada umum adalah penghijrahan selebriti Shazrina Tan Sri Dato’ Azman atau lebih mesra disapa Mizz Nina.
Penghijrahan beliau juga telah membuka banyak mata dan pihak selain pelbagai aktiviti keagamaan yang dikongsi beliau menerusi laman sosialnya.
Pasangan selebriti kegemaran ramai ini, Mizz Nina dan Noh Hujan dilihat seringkali berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk menggalakkan orang ramai sama-sama berhijrah bersama mereka.
Menerusi laman sosial Mizz Nina, mereka kini dilihat sering mengikuti aktiviti kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan.
Ini merupakan satu amalan murni yang menggalakkan orang ramai secara langsung terbuka kepada aktiviti-aktiviti kemanusiaan ini.
Menerusi satu perkongsian dilaman sosial Instagram menerusi aplikasi Instastory, Mizz Nina berkongsi momen dimana mereka suami isteri sedang mengaji di dalam sebuah bilik.
Satu Tweet yang dikongsi semula oleh deadguts menerusi laman sosial Twitter ini telah tular dan mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen menyifatkan amalan itu merupakan satu momen dan visi dalam memperbaiki diri kepadaNya.
“Comel betul Noh dengan Mizznina ni”.
comel betul noh dgn mizznina ni 😭❤️ pic.twitter.com/WWw6pdl9fw
— sukatido (@deadguts_) August 2, 2019
Menerusi satu perkongsian dilaman sosial Instagram, Mizz Nina turut berkongsi kalendar sempena 1 Zulhijjah dan kebaikan pada tarikh tersebut.
Rata-rata netizen memuji pasangan ini yang mengutamakan sudut rohaniah dan melakukannya bersama-sama.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: yoynetwork via lepat pisang