Bagi korang yang mengikuti perkembangan Saharul Ridzwan di Instagram, mesti perasan badan pelakon ini semakin hari semakin sado. Selain aktif bersenam di gimnasium, Saharul juga mengamalkan diet sihat. Yelah, bukan senang untuk mendapatkan tubuh badan yang diidamkan. Banyak kena berkorban tau!
Terbaru, foto ‘belanja’ biceps di Instagram telah menarik perhatian netizen. Ramai yang meninggalkan komen teruja melihat transformasi hebat Saharul ini. Fuh memang nampak benar perbezaan dahulu dan sekarang!
Rata-rata memuji bentuk fizikal dan kesungguhan Saharul Ridzwan mendapatkan badan idaman. Bukan senang nak dapatkan badan macam ni tau, dah macam atlet bina badan.
‘Pinjam badan bang’
‘Tidur setahun kalau kena tamparr’
Sumber : Saharul Ridzwan via KL press