Isu penggunaan tulisan jawi dan seni khat dalam kalangan murid dan pelajar menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini.
Namun bagi Owee Ching Iyu, dia amat meminati tulisan jawi malah sering menggunakannya dalam kehidupan seharian walaupun tahu menulis rumi.
Semua bermula ketika warga emas berusia 77 tahun itu berusia sembilan tahun sewaktu memasuki alam persekolahan di Sekolah Melayu Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Iyu, dia mengakui tidak pandai menulis tulisan Cina kerana tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek berkenaan.
“Saya sering gunakan tulisan jawi untuk kegunaan harian contohnya untuk menanda tarikh-tarikh penting untuk aktiviti pertanian kerana saya bekerja sebagai petani di kampung.
“Belajar jawi pada mulanya susah tapi bila dah berjaya kuasainya, ia lebih mudah berbanding tulisan rumi. Cuma sekarang ejaan-ejaan dalam jawi sedikit berbeza ketika saya mula-mula belajar dahulu,” katanya.
Posting dalam memartabatkan satu warisan budaya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kehebatan Iyu dalam menghasilkan tulisan jawi yang cantik seperti itu.
Kat Klate, melayu cina india semua ckp loghat yg same
Budayakan tulisan jawi. Cantiknya tulisan u uncle
Bagus uncle.. mudah baca.. kalau untuk orang veteran ni dah kira tulisan cantik
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Bernama , Kosmo! Online/ OMM