“Bibir Tak Tebal Terpaksalah Muncungkan Sikit Masa Ambil Gambar” – Sweet Qismina Nafi Buat Rawatan Untuk Cantik

PELAKON Sweet Qismina menafikan tudvhan dia menyvntik bibir semata-mata untuk kelihatan lebih mungil dan cantik.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, menjelaskan teknik solekan selain gemar memberikan pose ‘bibir muncung’ atau pout ketika swafoto membuatkan penampilannya tampak berbeza.

“Sebenarnya muka saya memang sejenis yang senang nampak perubahan kalau berat badan naik atau turun, dan make up juga main peranan. Itu perkara yang memang saya sedar sejak dari dulu lagi.

“Angle juga akan beri kesan gambar berbeza kepada wajah saya. Mungkin disebabkan lipliner atau lipstick yang lebih daripada garisan bibir buat ia kelihatan begitu.

“Biasalah perempuan… siapa yang taknak bibir macam Izara Aishah, Zahirah Macwilson… bibir saya tak tebal jadi saya terpaksalah muncungkan sikit bibir masa nak ambil gambar… tiada kena-mengena pun dengan cvcuk,” ujarnya.

Antara reaksi netizen terhadap gambar yang dimuatnaik Sweet di laman Instagram miliknya.

Sebuah foto yang dimuat naik pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti ini mula menjadi perhatian netizen apabila bibirnya kelihatan agak mungil daripada biasa sehingga netizen menyangka Sweet telah membuat svntikan pada bibirnya.

Kata Sweet, d@kwaan seperti itu bukan kali pertama diterimanya sebaliknya netizen pernah mempersoalkan mengenai bentuk muka termasuk dagunya.

“Isu saya cvcuk muka ni bukan pertama kali jadi kerana tahun lepas pun mereka pernah pertikaikan saya buat perkara sama… mereka cakap fasal bibir dan dagu saya.

“Ia sebenarnya bergantung pada berat badan dan cara seseorang itu mengenakan make up.

“Buat masa ini saya banyak hilang berat badan mungkin sebab itu ia buat bentuk muka saya kelihatan lebih sharp. Ia akan beri kesan terhadap struktur muka,” ujarnya.

Buat masa ini saya banyak hilang berat badan mungkin sebab itu ia buat bentuk muka saya kelihatan lebih sharp.

SWEET QISMINA

PELAKON

Tambah Sweet lagi, dia enggan melatah dengan tvduhan yang dilemparkan terhadapnya sebaliknya menganggap ia sebagai sesuatu yang positif.

“Saya faham bila orang suka nak pertikaikan perkara itu… Ia bukan satu masalah kalau netizen nak kec@m mengenai hal itu.

“Saya faham mereka tidak tahu effort yang perlu diambil untuk menghasilkan sesuatu gambar yang cantik.

“Asalkan spekuIasi yang dibuat tidak mendatangkan sesuatu yang buruk, saya anggap ia perkara normal. Saya tak rasa ia sesuatu yang terlalu neg@tif untuk saya,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar