“Semua Orang Inginkan Anak Kembar” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kisah Sehari Dalam Hidup

Benar kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, ramai yang inginkan pasangan kembar. Tak kiralah anak kembar atau saudara kembar. Mungkin sebagai kembar ianya lebih menyeronokkan.

Namun mempunyai anak kembar bukanlah satu tugas yang mudah. Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar pada satu entri bervideo di Instagramnya.

“Mempersiapkan anak-anak lelaki. 

“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.

“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Video – Preparing The Boys … When Dr Halina work at night shift like last night , it’s just me and the 4 kids . Waking up at 0600 am – showering the girls , prepare them breakfast normally just cereal and off to School . Soonafter the Boys showering them , put on their School Uniform , brush their teeth and comb their hair – Haha . Breakfast for the Boys are just eggs and Bottled Milk – easy peasy . Then off to work before Dr Halina send them off to School . I’m already sweating by the time I leave the house . Everyone wants twins but it’s totally hard work . Double the effort , double the commitment , double trouble , double of everything including Double Joy . But Alhamdulillah – am truly Blessed . Good Morning Everyone . Love As Always …

Siaran dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) pada

Tambahnya lagi, dia menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.

“Everyone wants twins but it’s totally hard work. Double the effort, double the commitment, double trouble, double of everything including Double Joy,” tulisnya lagi.

Namun dia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.

Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak