Suami Terlalu Baik, Isteri ‘Hadiah’kan Bini Baharu Untuknya, Kini Bahagia Tinggal Sebumbung

DULU wanita ini antara yang menentang p0ligami. Namun persepsinya terhadap p0ligami berubah sepenuhnya selepas berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut Khazatul Atiqah Abu Seman, 31, dia mula melihat kelebihan kehidupan berp0ligami sejak tinggal bersama keluarga mentuanya yang turut mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

“Dulu saya seperti wanita lain. Bila sebut pasal p0ligami nampak yang jhat-jhat sahaja. Malah madu tu pula dianggap per@mpas dan kcau kebahagiaan orang lain.

“Tapi bila saya tinggal bersama keluarga mentua di awal perkahwinan kami, saya mula nampak kebaikan dan kelebihan p0ligami terutamanya soal ibadah. Semua dapat solat berjemaah setiap hari satu keluarga.

“Sebenarnya suami saya ada tiga ‘mak’ dan mereka sekeluarga tinggal bersama dalam satu rumah tiga tingkat. Saya tidak lihat sebarang masalah, malah mereka lebih bahagia,” katanya.

Tiqa sedang hamil anak kelima bersama keluarga besarnya. Foto Tiqa

Terbuka hati untuk bermadu

Susulan itu, wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu terbuka hati dan bersedia untuk hidup bermadu genap empat tahun usia perkahwinannya dengan Samuel Dzul, 29 tetapi ketika itu belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan madu.

Bagaimanapun Khazatul Atiqah atau lebih mesra disapa Tiqa tetap mahu mencari bakal madunya terutama di saat dia mengalami masalah kesihatan ketika hamil anak kelimanya April lalu.

“Ketika kandungan anak kelima ini saya mengalami kes@kitan seperti k0ntraksi bersalin dan s@kit nyeri-nyeri sekitar tuIang pvnggung serta paha. Keadaan itu menyebabkan saya sukar bergerak mahupun berdiri lama.

“Keadaan semakin teruk sehinggakan saya terpaksa berkerusi roda. Saya juga hampir kemvrungan. Waktu itu saya terkenangkan apa akan jadi pada suami dan anak-anak sekiranya sesuatu yang buruk menimpa saya.

“Sungguh sedih dan piIu hti saya. Ketika itu timbul perasaan saya kena berusaha mencari seseorang yang boleh menjaga keluarga kiranya apa-apa yang tidak diingini terjadi kepada saya,” katanya.

Tersentuh lihat kebaikan suami

Malah Tiqa berkata niat itu juga didorong dengan rasa kasihan melihat suaminya menguruskan dirinya dan juga anak-anak serta perniagaan mereka tanpa rungutan di saat dia sedang s@kit.

Tiqa memasang impian untuk hidup bermadu genap empat tahun usia perkahwinan mereka.

“Suami sentiasa tersenyum manis menguruskan saya, anak-anak, rumah tangga dan juga perniagaan kami. Dia tidak pernah sesekali merungut.

“Paling saya sebak bila dia sanggup mendukung saya naik dan turun ulang-alik ke pejabat kami yang terletak di tingkat tiga semata-mata tidak mahu saya kemvrungan di rumah seorang diri.

“Dia memang suami yang baik, penyayang dan sangat mengambil berat diri saya. Jadi saya fikir p0ligami jalan terbaik bagi memastikan segala keperluan suami dilengkapi,” katanya yang bakal melahirkan anak kelima.

Syukur dipertemukan dengan madu

Tiqa yang juga pengarah dan pengasas bersama Fanikatun Creative House Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghasilan video penerangan beranimasi, mengakui bersyukur kerana dipertemukan dengan Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, di media sosial beberapa tahun lalu.

“Saya kenal madu melalui komen-komen di Facebook dalam circle kawan-kawan sekolah dan dia juga mempunyai bisnes mobile spa. Kami mula jadi sahabat alam maya lebih kurang dua tiga tahun lepas.

“Kemudian kami bertemu di satu majlis makan-makan tahun lepas dan itulah kali pertama saya melihatnya secara peribadi dan saya terpukau dengan kecantikannya. Saya ada berhubung dengannya melalui WhatsApp kerana berniat menggunakan perkhidmatan mobile spa miliknya tapi belum berkesempatan.

“Sehinggalah pada suatu hari saya jemput dia datang ke perjumpaan Business Networking International (BNI) yang menghubungkan usahawan untuk sama-sama membantu dalam berkongsi rezeki perniagaan.

Tiqa mengenali madunya menerusi Facebook beberapa tahun lalu.

“Alangkah terkejutnya saya apabila dia ceritakan keadaan sebenarnya bahawa dia adalah ibu tunggal yang bekerja keras menguruskan dua anaknya. Tapi dia berpesan supaya tidak mendedahkan statusnya kepada orang ramai kerana bimbang ada yang ambil kesempatan,” katanya.

Namun Tiqa berkata dia seolah-olah dapat merasakan bahawa Nur Fathonah adalah wanita yang ditunggu-tunggunya untuk dijadikan madunya selama ini.

“Sebak dengan kisahnya saya pun terus kata jom jadi madu saya. Tapi waktu tu saya macam bergurau dan dia pun tak sangka selesa mendedahkan statusnya kepada saya sedangkan dia amat snsitif bercerita soal itu.

“Kami terus berhubung melalui WhatsApp bertanya khabar sedikit sebanyak walaupun nampak dia cuba mengelak daripada saya sebab gurauan bermadu tempoh hari. Saya pun ketika itu belum serius memikirkan soal itu kerana sibuk dengan kerja dan perniagaan.

“Namun saya mulai serius pada Ramadan lalu. Ada dua calon yang saya approach untuk jadi madu tapi kedua-duanya menolak dan hati saya juga berasa ada sesuatu tidak kena dari beberapa segi.

“Hinggakan satu tahap saya memohon pada Allah agar djentik hati saya pada orang yang saya cari dan tiba-tiba saya teringatkan Nur Fathonah. Saya segera menghantar WhatsApp mahu bertemu dengannya sambil memberikan hint bahawa saya masih lagi mencari calon madu,” katanya.

Lamar madu

Ketika pertemuan dengan Nur Fathonah beberapa bulan lalu, Tiqa melamar madunya itu dan pada masa sama bercerita padangannya mengenai kehidupan berp0ligami.

Anak-anak Tiqa turut menerima positif kehadiran Nur Fathonah dalam keluarga mereka.

“Saya minta dia jangan terus tolak dan ambil masa untuk fikirkan terlebih dahulu mengenainya. Saya juga nasihatkan dia supaya mohon panduan dan petunjuk dariNya melalui solat istikharah.

“Saya pun nyatakan hasrat pada suami dan cerita tentang calon madu kepadanya. Suami minta saya turut berdoa dan mohon panduan Allah kerana ini perkara besar dan bukan boleh dibuat main.

“Ini kerana bebanan tanggungan jatuh ke atasnya dan dia akan di soal di akhlrat kelak. Saya juga ada hantar nama penuh madu kepada dua sahabat saya yang berada di Makkah minta mereka doakan hasrat saya ini,” katanya.

Sejak pertemuan itu, Tiqa memberitahu hubungan mereka jadi rapat dan dua bulan kemudian Nur Fathonah menerima lamaran tersebut dan dia disatukan dengan suaminya dalam satu majlis sederhana baru-baru ini.

Sebak dengan kisahnya saya pun terus kata jom jadi madu saya. Tapi waktu tu saya macam bergurau dan dia pun tak sangka selesa mendedahkan statusnya kepada saya sedangkan dia amat snsitif bercerita soal itu.

KHAZATULATIQAH ABU SEMAN.

“Bukan mudah tapi dengan kuasa Allah dia bersetuju menerima lamaran saya. Itu pun setelah berbagai ujian yang kami hadapi dalam proses persetujuan darinya.

“Bagi saya, niat yang baik Insya-Allah dipermudahkan dan diakhiri dengan perkara yang baik. Alhamdulillah suami saya selamat diijabkabulkan dengan madu saya baru-baru ini. Saya gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya.

“Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan @ibnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indahnya percaturan Allah,” katanya.

Pilih tinggal sebumbung

Pada masa sama, Tiqa berkata mereka bertiga memilih untuk tinggal sebumbung di Selangor kerana ia lebih harmoni.

“Suami sudah beritahu awal-awal kami akan tinggal bersama. Bagi saya itu lebih bagus supaya kasih sayang anak tidak terabai dan kami dapat beribadah bersama-sama.

Suami Tiqa merupakan komposer di Studio Fanikatun yang diusahakan mereka berdua.

“Orang tanya saya tak cemburu ke bila tinggal bersama. Bagi saya cemburu sudah jadi lumrah wanita tapi saya anggap ia sebagai satu persaingan sihat dan membantu saya untuk perbaiki kelemahan diri.

“Kalau saya tengok dia layan suami dengan bagus, saya pun nak buat lagi bagus. Jadi saya dapat lihat kasih sayang antara kami semakin menebal,” katanya.

Kisah Tiqa dan madunya menjadi tular selepas dia berkongsi perkara itu di Facebooknya Rabu lalu.

Jelas Tiqa dia tampil memberi penjelasan tersebut selepas timbul dkwaan kurang senang sesetengah individu terhadap hubungan suami dan madunya.

“Bila ada yang kata suami saya bercinta dulu dengan madu dan ada juga yang kata madu saya prampas, saya jadi tak sedap hati. Itu semua fltnah.

“Kesian dekat madu dan suami sedangkan saya yang cari dan lamar dia (madu). Tapi siapalah saya nak tutup mulut orang.

“Jadi saya terpaksa buat posting panjang-panjang untuk perjelaskan hal sebenar supaya orang faham dan boleh terima. Janganlah buat tduhan sembarangan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar