Pelakon Wawa Zainal mendedahkan kehidupannya di awal perkahwinan bersama aktor Aeril Zafrel tidak semudah yang disangka.
Menceritakan kepayahan hidupnya, Wawa memberitahu ketika anak pertamanya, Ahmad Fakhruddin Attar lahir ke dunia, duit simpanan mereka hanya cukup untuk membayar duit hospital sahaja.
Walaubagaimanapun, dia bersyukur rezeki anaknya murah kerana ramai peniaga online yang menghantarkan hadiah dan barangan bayi ke rumahnya untuk memintanya membuat ‘review’.
“Inilah mahligai kami di awal perkahwinan dulu.. Rumah sewa je… Masa tu nak beli rumah macam ni pun belum mampu.
“Ingat lagi… Masa lahirkan Attar duit simpanan cukup-cukup je nak bayar hospital, beli barangan baby… Tak ada pun barangan mahal untuk Attar.
“Tapi syukur masa tu Instagram baru nak naik. Ramai gila peniaga barangan baby yang bagi gift review. Penuh satu bilik hari-hari tunggu abang posmen datang hahaha,” tulisnya.
Wawa berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia telah memuat naik foto di hadapan rumah sewanya ketika di awal perkahwinan.
Berkongsi kisahnya di awal perkahwinan itu, Wawa memberitahu dia telah disindir oleh sesetengah pihak kerana dikatakan
berkahwin dengan lelaki yang tidak kukuh kewangannya.
”Selalu orang cakap-cakap ‘Tu la kau nak kawin yang handsome aje.. cuba pilih yang kaya!’ Punyalah cinta dengan @aeril_zafrel saya tak kisah asalkan bahagia! Duit boleh cari tak apa… Ecewah macam dalam drama,” katanya.
Namun dia terus bangkit dan mengusahakan perniagaan sendiri kerana tidak tahan sering mengharapkan suami untuk menanggungnya.
“Lama kelamaan tak tahan sebab asyik nak kena mintak duit suami je.. Rasa malu yang amat.. Daripada situ la Wawa start
bisnes kecil-kecilan.. Online bisnes..
“Alhamdulillah hari ini.. Kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga… Syukur ya Rabb,” katanya lagi.
Perkongsian Wawa itu bagaimanapun telah memberi inspirasi kepada pengikutnya yang kagum dengan dirinya yang berjaya memajukan diri dan mempunyai perniagaan sendiri.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: gempak