Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja berkongsi perkara itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Mieja, ragam Raisya itu turut membuatkan doktor dan jururawat yang bertugas ketawa.
“This photo was taken last month masa baby checkup. Masa doctor scan tu, mula-mula Raisya teruja sebut “Baby! Baby!” selepas itu secara tiba-tiba bila dia tengok screen, dia sebut “meow” (boleh bayangkan tak situasi ni, dah lah semua tengah diam waktu tu) hahahaha berkocak perut mummy gelakkan Raisya. Doctor dan nurse pun join gelak.
“Boleh dia bantai meow kat adik dia hahahaha bertuah punya Raisya haha agaknya dia nampak macam rupa kucing kot kat ultrascan screen tu,” tulisnyanya.
Terdahulu, Mieja mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
Sumber : Gempak