Ingat lagi pada Mukhriz, pemuda hilang di Bukit Broga selama seminggu? Kisahnya cukup s3nsasi bercampur sed!h selepas emaknya turun naik berkali-kali mencarinya. Rohana yang mengaku dia bermimpi anaknya masih selamat dan kerana itulah dia nekad mendaki.
Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20 dijumpai selamat oleh sekumpulan pendaki yang kebetulan mencari puncak Gunung Tok Wan, terletak antara puncak Bukit Broga dengan Gunung Tok Wan.
Mohd Azarul, mekanik motor ditemui sekitar 250 meter dari lokasi dia hilang, yang katanya dia “hanya berada di tempat sama, pusing-pusing di tempat itu juga”.
Mangsa yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah itu mendaki Bukit Broga, Semenyih. Bersama lima rakannya pada 4 petang Ahad, disedari hilang pada 6 petang.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan penemuan tersebut di gunung (Mosar) di Puncak 3 Bukit Broga.
Sumbr menyebut Mohd Azarul dijumpai sekitar 9.30 pagi Sabtu dalam keadaan berkaki ayam.
Ery seorang daripada kumpulan SAR yang juga pendaki berkata, Mohd Azarul ditemui di puncak Broga, oleh sekumpulan pendaki yang mencari di kawasan puncak menuju Gunung Tok Wan.
Sekitar 600 hingga 700 sukarelawan mencari Mohd Azarul yang hilang hampir seminggu di Broga.
Menurut sumber rakaman video ynag beredar di laman sosial, kumpulan pendaki dua lelaki dan dua wanita, terdiri daripada warga tempatan dan dua rakan dari London, ketika dalam perjalanan, mereka terdengar orang meminta tolong.
Salah seorang kumpulan pendaki tersebut, Muhammar Redhallah Ariffin, 27 berkata, “masih tak nampak walaupun dekat kawasan itu. Saya kemudian minta dia menggoyangkan ranting kayu atau daun supaya senang dilihat.
Redhallah individu pertama mememui Mohd Azarul sekitar 700 meter dari puncak Gunung Tok Wan.
“Saya terdengar laungan itu ketika melalui laluan trek dan suara itu muncul pada sebelah kanan,” katanya.
Menurut Redhallah mereka tidak mengetahui langsung tentang mangsa yang sesat dan adanya misi pencarian.
Dia menganggap penemuan tersebut sebagai kebetulan sahaja. Azarul pula memberitahu salah seorang ahli kumpulan SAR bahawa dia menyangka dia sudah hilang hampir seminggu kerana dia fikir masa baru berlaku tiga hari.
Ayah mangsa, Abd Rahman Saad, 49, yang sudah lima hari berkampung di kaki Bukit Broga menceritakan, Muhd. Azarul memberitahu, dia tidak melihat atau mendengar suara anggota SAR yang mencarinya sejak Ahad minggu lalu di kawasan berkenaan.
Menurut Abd Rahman, anak ketiga daripada lima beradik itu menceritakan sepanjang tujuh hari itu dia hanya minum air yang mengalir dari celah batu dan anak sungai untuk hidup.
Sementara, ibu mangsa, Rohana Saad, 49, berkata perasaannya ketika ini sukar digambarkan.
“Saat saya hampir berhenti berharap, Allah SWT makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat,” katanya.
Ular Besar Bertukar Jadi Tongkat
Ada banyak cerita di sebalik kehilangan anaknya terutama munculnya ular besar yang menjadi tongkat di dalam gua Mukhriz berteduh. Ini perincian kehilangan Mukhriz selama seminggu di Bukit Broga yang dikongsikan Rohana.
Sama ada mahu percaya atau tidak, wujud unsur-unsur misteri namun semuanya adalah kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam. DIA mengkehendaki apa yang tidak difkirkan oleh akal cetek manusia biasa.
Dalam kes kehilangan Mukhriz. Dia mengikut seorang kanak-kanak berjubah putih berserta purdah di puncak kedua. Di situlah bermulanya cerita bagaimana anak muda ini mulai tersesat selama seminggu.
Wujud juga cerita kononnya kakak kepada remaja berkenaan mengajaknya berkahwin. Sukar untuk ditolak kenyataan ini kerana sebaik sedar dan berada di alam manusia. Di jari manisnya sudah tersarung sebentuk cincin emas putih sebagai tanda ikatan telah bertunang.
Mukriz juga dikatakan telah ditemukan dengan kedua ibu bapa remaja berkenaan di dalam gua. Tempat dia tinggal selama seminggu itu. Selama tempoh itu, dia menjadi imam solat dan mengaji al-Quran bersama ibu bapa remaja berkenaan.
Kesemua mereka memakai pakaian serba putih, lelaki tua itu berserban dan berwajah serius (tidak kacak pada pandangan mata kasar Mukhriz). Manakala isterinya memakai purdah.
Siapa Mukhriz, Mengapa Dirinya Jadi Pilihan ‘Calon Suami’ Orang Di Alam Ghaib
Mukhriz Sebelum Hilang:
Sebelum datang ke Kuala Lumpur menolong pakciknya berjualan mi sup di merata pasar malam sekitar Kuala Lumpur. Mukhriz merupakan bekas pelajar Pondok Darul Taqwa di Arau, Perlis.
Dia tidak menghabiskan pengajian, sebaliknya menolong pakciknya berniaga. Namun mungkin pekerjaan itu tidak sesuai dengan minat, sekejap saja dia membantu pakciknya itu. Melihat kecenderungan Mukhriz, pakciknya telah mencarikan pekerjaan baru untuknya di sebuah bengkel kereta di Seksyen 29, Shah Alam.
“Mukriz baru dua minggu bekerja ketika kejadian. Dia juga baru pertama kali mendaki bukit itu. Semasa di puncak kedua, dia mengikut seorang kanak-kanak perempuan selepas tiba di satu simpang,” kata Rohana.
Mungkin lahir dari latar belakang pendidikan agama yang baik dan memiliki hati yang “bersih” menjadi asbab anak bujangnya itu menjadi pilihan orang alam ghaib itu.
“Kata Mukhriz kepada kami selepas selamat sampai ke rumah, dia mengikut kanak-kanak perempuan itu, setelah penat berjalan. Malam itu dia tertidur di atas hamparan rumput. Buka saja mata, kata Mukhriz dia seperti berada di dalam gua. Di sisinya ada tiga susuk tubuh berpakaian putih iaitu mak, ayah dan remaja perempuan itu.
Misteri Sebatang Tongkat, Cincin Emas Putih Dan Sebiji Buah Warna Oren
“Selama seminggu hilang itu, dia menjadi imam solat dan hanya mengaji sahaja. Tanpa sedar dia sebenarnya sudah hilang selama tujuh hari. Kehilangan yang cukup merisaukan semua orang yang turut serta dalam pencarian.
“Kedua orang tua berjubah putih itu juga berkelakuan sama kerana mereka juga khusyuk dengan solat dan mengaji al-Quran. Dia tidak terasa lapar dan bagi menghilangkan dahaga, dia minum air terjun dalam gua berkenaan.
(kebarangkali air terjun ini adalah andaian Mukhriz sahaja. Ini kerana ketika seminggu kehilangannya, hujan turun setiap hari. Malahan dia dijumpai di tepi batu besar dan bukan gua seperti pandangannya).
“Malam sebelum dia ditemui itulah, kata Mukhriz ketika sedang lena tidur, dia melihat seekor ular besar di atas dinding gua. Ular besar itu sempat bersuara, esok hari ikut cahaya matahari naik dan Insya-Allah dirimu akan selamat.”
Dari cerita Mukhriz kepada kami, keesokan harinya, sedar-sedar sahaja, di sisinya ada sebatang tongkat. Dijarinya pula tersarung cincin emas putih tanda ikatan pertunangan dan sebiji buah berwarna oren seakan warna labu.
“Saat tersedar itu, Mukhriz mendongak ke langit. Ada sinar matahari di celahan batu berkenaan dan dia menjerit meminta tolong dengan suara yang sangat perlahan.
Ada beberapa orang pendaki terdengar jeritannya (pendaki ini bukan dari kalangan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat). Hinggakan salah seorang daripada mereka berkata, jika dia manusia, goyangkan pokok. Dan Mukhriz dapat lakukan biar tubuhnya terlalu lemah.
“Mukriz kemudian ditarik naik ke atas oleh seorang pendaki dari luar negara. Sebelum pelancong luar itu meninggalkan tongkat itu di sisi batu. Sedangkan itulah barang pemberian untuk anak muda ini dari alam ghaib.
Azarul Mukhriz dijemput ke alam bunian ketika hilang di Bukit Broga:
“Azarul cerita, dia berada di alam lain ketika hilang” kata En. Roslie rakan yang tinggal bersama duduk di dalam wad Hospital Kajang malam tadi. Berikut adalah antara cerita-cerita menarik yang dilalui oleh Azarul Mukhriz, 20 yang hilang ketika mendaki Bukit Broga.
Di sana, saya dijaga oleh penduduk yang kebanyakannya berpakaian serba putih. Dalam banyak-banyak orang di situ, saya cuma nampak ada dua orang perempuan sahaja. Cantik! sangat cantik. “Bagaikan bidadari” katanya lagi. Tak tahu nak digambarkan macam mana. Lebih cantik dari artis-artis korea yang saya minati malah jauh lebih cantik dari Malaysia First Lady.
PUTERI BUNIAN AJAK KHAWIN
Salah seorang dari perempuan cantik tu mengajak saya kahwin. Tapi banyak pula syaratnya. Pada permulaan, seronoklah juga saya tiba-tiba rezeki datang bergolek macam tu. Tengok-tengok, dia tak bagi saya pulang jumpa ibu dan bapa saya. Apa ke gila tak bagi jumpa ibu dan bapa? “Ibu saya lahirkan saya kot” tokok tambah penulis.
Kata perempuan cantik itu, kalau saya pulang berjumpa ibu dan bapa saya, saya akan jadi gila secara tiba-tiba. Ada juga saya terfikir, kalau saya pulang berjumpa abang saya sahaja tanpa berjumpa mak dan ayah, adakah terbatal terma dan syarat bunian tersebut? Tapi saya tidak suarakan soalan saya kepada mereka. Paling pelik sekali, wanita cantik itu kata kalau saya langgar syarat, dia akan jadi cacat.
Saya tak pasti nak tergelak ataupun tidak. Tetapi itulah hakikatnya. “Saya yang langgar syarat, dia pula jadi cacat. Kui kui kui” gelak penulis menggambarkan situasi berada di tempat Azarul Mukhriz.
Setiap hari wanita cantik itu ajak Azarul kahwin. Tetapi Azarul tetap menolak. Sampai hari ke tujuh pun masih diajak-ajak lagi. Hal ini tidak dipastikan samada Azarul sudah berpunya atau belum. Ada netizen menyuarakan pendapatnya “Oh mungkin Azarul sudah ada teman wanita agaknya. Kasihan wanita bunian itu”.
Selepas bosan mengajak Azarul berkahwin, pada hari ketujuh Azarul dilepaskan. Azarul pun pulang ke realiti. Katanya lagi, kalau saya tak pulang masa tu, maknanya saya memang jadi penduduk tetap sana lah.
PERIHAL PENDUDUK BUNIAN:
Azarul juga ada menceritakan bahawa penduduk di sana tidak bekerjaya. Mereka solat seperti kita. Cuma disana manusia dilarang berak (buang air besar) merata-rata. Buang air kencing tidak mengapa. Pelik juga mereka. Tapi mereka bagus sebab mereka asyik beribadat sahaja.
Tidak seperti kita yang terkejar-kejar dunia.Sebenarnya, sebelum mendaki Bukit Broga, Azarul Mukhriz ternampak sosok budak kecil memanggil-manggilnya dan menunjukkan arah jalan. Budak kecil itu memberikan pilihan samada ke jalan kanan ataupun jalan kiri. Azarul memilih jalan kiri. “Azarul Rebellious!” tokok tambah penulis lagi.
Ini lah antara yg diceritakan oleh Azarul kepada Roslie sewaktu di dalam wad yang sama malam tadi. Cerita ini diceritakan kembali oleh Roslie, kemudian diceritakan pula oleh netizen dan akhirnya diceritakan pula oleh penulis. “Wallahualam” sumber iluminasi
DI HOSPITAL KAJANG:
“Saya hanya mampu bersyukur kerana dia telah selamat dan kembali kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kajang pada Ahad.
Sementara itu, abangnya, Mohd Azarul Irsyad Shafiq, 26, berkata, dia lega adiknya telah kembali ke pangkuan keluarga.
“Ibu bapa kami datang dari Kedah pada hari dia hilang. Bila dia tidak dijumpai pada hari berkenaan, saya terus maklumkan adik-beradik yang lain dan mereka bergegas ke sini untuk menyertai operasi mencari pada hari berikutnya.
“Dia seorang yang ceria tetapi dia tidak mahu banyak cakap mengenai apa yang berlaku semasa berada di dalam hutan,” katanya.
Ibu Mohd Azarul Mukhriz, Rohana Saad, 49, berasa amat lega selepas akhirnya dipertemukan semula dengan anak lelakinya.
Terkini, dia sudah temui gadis idaman dan melupakan gadis bunian yang melamarnya. Penat mencari anaknya, sudah hilang dan kini berganti berita gembira bila anaknya itu meminta dia merisik gadis yang pernah belajar satu pondok dengannya di Pondok Darul Taqwa di Arau, Perlis.
“Belum ada sebarang tarikh lagi tapi Mukhriz sudah meluahkan hasratnya terhadap gadis itu. Umur perempuan itu pun masih muda, 18 tahun dan sama-sama mengaji dahulu. Kalau ada jodohnya, syukurlah.
Tambah emaknya, Rohana Saad dia gembira dengan hasrat anaknya itu sekali gus memberi petanda anaknya sudah tidak mengingati “lamaran” dari alam ghaib yang pernah di hebohkan ketika awal anaknya di temui.
“Anak baru minta risik-risik, kalau ada jodoh saya rasa gembira menerimanya,” jelas Rohana lagi.
Sumber: Nalurikini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Tube Viral