Gara-gara sebuah video, pelakon Elfira Loy menerima kritikan netizen apabila permintaannya untuk memakan sabun tidak dibantah oleh suaminya, Faris Khairol Anuar.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Twitter milik Azlil Adzif, ia mengundang pelbagai persepsi daripada ramai pihak.
“Assalamulaikum baby, saya tak tahulah. Saya rasa macam nak makan sabun,” kata Elfira.
“Makanlah,” balas suami Elfira.
Dalam pada itu, Elfira turut menyuarakan keinginannya untuk melihat suaminya memakai jersi pasukan Machester United tetapi ditolak sekeras-kerasnya.
“Kalau saya mengidam awak pakai jersi Manchester United boleh?” tanya Elfira.
“Tak ada… Tak ada… Tak ada… Tak boleh. Kalau nak order je Liverpool,” balas suaminya.
Disebabkan permintaannya ditolak, Elfira bergurau untuk mengadu tentang perkara tersebut kepada ibunya, Filzah Yusoff.
“Tak nak, Liverpool tak jual. Saya bagitahu kat mama kalau macam itu,” ujar Elfira.
“Kerja complain je kat mama.. Haa complain complain,” kata Faris.
Rata-rata netizen menganggap layanan yang diberikan suaminya dingin malah terpaksa menuruti segala yang diinginkan.
“Jawab phone tak macam in love pun.”
“Kenapa laki dia mcm malas gila nak layan dia? Kesiannya.”
“Aku kesian kat dia ni. Macam syok sendiri. Laki malas nak melayan”
“Nampak sangat selalu complain dekat mama je kerja.”
“Wow mama dia powerful gila.”
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menganggap ketika itu suami Elfira sedang makan tengah hari bersama rakan sepejabatnya.
“Kalau tengok episod ni El ada explain the way her husband cakap dalam phone macam tu sebab waktu tu husband dia tengah lunch hour kat tempat kerja depan kawan kawan dia,so tu sebab suara straight je macam tu.”
“Kita pun dengar suara suami dia macam tengah mengunyah takkan nak terbahak-bahak pulak. Kalau masing-masing free memang berdekahlah cerita dia. Mesti respon husband dia: Apoo bini aku nak makan sabun. Aku tak cukup bagi makan ke nak makan sabun.”
“Hahahahaha yang komen bitter ni kahwinlah dulu. Akan ada certain time yang laki kau malas nak layan kerenah kau. Tak bermaksud tak sayang cuma mungkin masa tu tengah busy kerja,” kata netizen.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan kini sedang sarat hamil anak pertama.
Husband Elfira being real by letting her makan sabun 🤣 also dia rengsek ye bini asyik complain kat mak dia 🤭 pic.twitter.com/iiNGh1jlmg
— 𝕒𝕃𝕖𝕃 🧡 (@AzlilAdzif) September 14, 2019
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak