Kembar Tercantik Di Dunia Yang Berjaya Cairkan Sesiapa Sahaja Dengan Rasa Pesona Melihat Mereka

Apabila pasangan Jaqi dan Kevin Clements melahirkan kembar perempuan mereka ke dunia 9 tahun yang lalu, semua orang sudah dapat menjangka bahawa terdapat pesona yang luar biasa dilahirkan bersama bayi kembar comel ini. 

Pesona pandangan mata hijau yang akan membuat semua orang mahu berkata, “Mereka ini akan menjadi model kelak!”.

Mulut manis dan berkat doa orang tersayang yang kini menjadi kenyataan kerana hari ini kembar Clements dikenali sebagai ‘kembar paling cantik di dunia’ dan beratus-ratus agensi peragaan berlumba-lumba untuk mendapatkan kontrak mengambil mereka sebagai model.

Pasangan kembar dengan pandangan mata hijau menakjubkan dilahirkan pramatang di California, Amerika Syarikat. Kedua-dua bayi ini dilahirkan sebelum tarikh sebenar kelahiran tetapi bernasib baik kerana mereka dilahirkan sihat tanpa komplikasi.

Pasangan Kevin dan Jaqi Clements menamakan kembar mereka Ava Marie dan Leah Rose sejak kembar ini berada di dalam kandungan lagi.

Jaqi berkata, “Mereka dilahirkan 4 setengah minggu lebih awal, tetapi dengan mengetahui personaliti mereka pada hari ini, saya baru memahami dan berfikir ia agak masuk akal bahawa mereka akan muncul lebih awal, tanpa pengumuman, dan bersedia untuk mengambil alih apa sahaja”.

Sebaik sahaja kembar Ava Marie dan Leah Rose dilahirkan, dktor dan jururawat berasa amat terkejut melihat keindahan wajah mereka. 

Sepanjang tempoh mereka membesar, semua orang berkata mereka sangat cantik. Dan 6 bulan kemudian, ibu mereka, Jaqi ada menyimpan niat mahu memperkenalkan kembar cantik ini kepada dunia peragaan. Tetapi kemudian mengubah fikirannya kerana Jaqi terpaksa menjaga anak lelakinya, Chase yang baru berusia 2 tahun dan anak perempuan kembar yang baru dilahirkan.

Memperkenalkan mereka di dalam bidang peragaan pada peringkat yang sangat awal disamping mengurus rumah tangga sudah pasti menjadi beban dan perjalanan kehidupan seharian mungkin bertambah sukar.

Namun, akhirnya pada 7 Julai 2017, setelah kehidupan sedikit selesa, Jaqi bersedia mengambil peluang yang ditawarkan oleh beberapa agensi pemodelan ketika kembar ini berusia 7 tahun.

Pada ketika itu, kembar Ava Marie dan Leah Rose mula membesar dengan baik dan menunjukkan personaliti menarik masing-masing. Mereka gemar menari dan menunjukkan kecantikan diri mereka di hadapan orang ramai. 

Jaqi meminta persetujuan kembar Ava dan Leah terlebih dahulu serta mendengar pendapat mereka, sebelum mendekati beberapa kenalan industri yang mana akhirnya dia mendapat 2 kontrak yang ditandatangani dengan 2 agensi pemodelan yang berbeza.

Oleh kerana kembar ini sudah bersekolah ketika itu, Jaqi akan memastikan anak perempuannya bersekolah seperti biasa dan menjalani jadual penggambaran dan rakaman fotografi pada hujung minggu.

Jika terdapat sesi fotografi yang ditempah melalui Instagram, Jaqi akan menjadualkan mereka pada hujung minggu atau selepas waktu sekolah untuk memastikan bahawa kembar Ava dan Leah tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Sekiranya sesi fotografi melibatkan agensi, mereka mempunyai guru yang dibawa ke studio dan set untuk membantu kembar ini menyiapkan kerja sekolah mereka.

Kembar Ava dan Leah sudah biasa bangun awal bersama ibu mereka yang perlu memandu selama 2 jam ke Los Angeles, California kerana ini adalah tempat kebanyakan kerja dan set penggambaran berada.

Kembar cantik ini menjalani kehidupan mereka secara normal. Kadangkala, Jaqi memberi kejutan dengan membawa rakan-rakan sekolah kembarnya di set Los Angeles dan mereka menghabiskan hari dengan makan tengahari dan makan malam, atau bersiar-siar bersama-sama selepas habis waktu kerja. Kehidupan kembar ini seimbang dan normal seperti mana kanak-kanak lain. 

Jaqi berkata, pada peringkat permulaan kerjaya pemodelan kembar ini, dia merakam dan mengambil gambar mereka dengan kamera sendiri atau telefon bimbitnya. Kini, selepas berada di bawah kendalian agensi, dia lebih suka mendapatkan jurugambar profesional kerana mereka lebih tahu tentang kerja mereka untuk mendapatkan imej yang baik dan unik.

Selepas dua tahun menjadi model kanak-kanak profesional, kembar cantik ini telah berjaya mendapatkan kontrak dengan jenama terkenal seperti Crocs, Sandcastle Magazine, Target, Skechers, Recess Kids, dan banyak lagi.

Kecantikan semulajadi mereka tidak dapat dinafikan akan sentiasa mencuri hati dan tumpuan pesona sesiapa sahaja dalam masa yang singkat.

Ketika kembar ini mula menceburi bidang peragaan, mereka mula membangunkan rasa dan minat untuknya. Mereka mahukan lebih banyak kerja dan dalam masa yang sama Jaqi memastikan kembar perempuannya berasa gembira ketika melakukannya.

Oleh kerana kembar ini masih kecil dan muda dalam industri, pasangan Clements pada mulanya mendaftarkan anak mereka menjalani kelas menari dan renang untuk membina keyakinan diri, sebelum mendedahkan mereka menerokai bidang pemodelan pada usia 7 tahun.

Disamping pasangan kembar Ava Marie dan Leah Rose yang sedia maklum cantik, sebenarnya seluruh ahli keluarga Clements dikurniakan dengan gen dan wajah yang cantik. Jaqi dan Kevin sendiri berwajah cantik dan kacak. Sementara abang Ava Marie dan Leah Rose, Chase Robert juga merupakan model kanak-kanak yang bercita-cita menjadi pemain bola keranjang.

Keluarga Clements menggunakan kelebihan kecantikan dan bakat yang dikurniakan kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman dan keseronokan menikmati kehidupan. Kembar tercantik di dunia ini akan terus membesar dengan menarik perhatian umum dan dunia melalui kecantikan semula jadi mereka yang mempesonakan.

Tidak dinafikan ibu bapa Ava Marie dan Leah Rose akan terus mendapat kritikan kerana mengeksploitasi anak sendiri, namun kembar ini sebenarnya telah membuat pilihan atas kerelaan sendiri demi masa depan mereka.

Disamping, mereka turut berasa seronok dan gembira menjadi model peragaan dengan pandangan mata hijau menakjubkan itu sehingga digelar ‘kembar tercantik di dunia’.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Nepalivibes via EraBaru