Pelakon dan pengacara, Mimie Haris mendedahkan dirinya bukanlah seorang yang suka berkongsi kisah hubungan cintanya di media sosial.
Tegas Mimi, perkara itu tidak membawa maksud yang dia tidak bahagia dalam meniti kehidupan seharian.
Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram, buat pertama kalinya, Mimie telah meluahkan perasan mengenai tunangnya yang dikenali sebagai Rudy.
“Saya bukan seorang yang suka berkongsi mengenai hubungan saya kepada umum tapi tidak bermakna saya tidak gembira. I like to keep it in my private rainbow place that only me and partner could visit and embrace it.
“To my ex boyfriend soon to be partner in life, fasa pertunangan bukan satu tempoh yang mudah seperti kita impikan, not always in the happy place, there’s tsunami here and there but never in your mind to giving up on me (Walau I ni kadang boleh tahan juga perangai. Biasalah perempuan).
“Tapi saya amat gembira kerana berjumpa dengan awak, so far who always put me up when I’m down, who always being an ear to me even I know you have a lot in your plate. Orang yang sentiasa membuatkan saya gembira walau apa pun.
“Saya tak rasa akan bertemu orang seperti awak lagi, sesuatu yang RARE(Ini bukan nak kipas tapi jujur jangan kembang pula) . In this world there’s only you who can putting up with my so called drama life and I love you for that just don’t stop being you.
“Saya tidak minta lebih. Saya cuma gembira kerana Allah hantarkan kamu kepada saya at this moment I’m gonna embrace it. Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah yang kita akan sentiasa choose each other again and again and we always have each other’s back and work as a team together,” tulisnya.
Tambah Mimie lagi, dia sedikit emosi keblakangan ini, mungkin kerana berdebar menanti detik sebelum diijabkabulkan tidak lama lagi.
“I am not good at words like you , tapi ini semua dapat dari hati saya yang ikhlas. Kita ada beberapa bulan sahaha sebelum diijabkabulkan. Saya berdoa agar kita dipermudahkan. I LOVE YOU Sir @amiraviatorrudy. From your most ann0ying/ clingy / mengada / kuat bebel / cutest fiancé .
“Maaf saya emosi sedikit late night ni, bukan apa saya nervous mengira detik waktu dan ketika. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk sesiapa yang membaca caption sampai habis,” katanya lagi.
Mimie bertunang dengan Rudy yang merupakan seorang juruterbang pada 1 Julai lalu.
Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015. Walaubagaimanapun, pasangan ini bercrai pada Ogos 2016.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak