Mawar Rashid akan melakukan panggilan video bagi melepaskan rasa rindu terhadap anak.
PELAKON Mawar Rashid mengakui timbul rasa serba salah terhadap anak-anak dan suaminya apabila dia kini semakin kurang bersama mereka selepas kembali aktif berlakon.
Bagi seorang yang baru sahaja bergelar ibu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, mengakui sedikit terkilan apabila tidak dapat melihat perkembangan bayi lelaki pertamanya yang berusia enam bulan demi kerjaya lakonan.
“Sejujurnya saya rasa setiap ibu akan rasa sedih dan guilty apabila tinggalkan anak-anak, tak nampak mereka depan mata.
“Setiap kali sampai set penggambaran atau rehat, saya akan FaceTime dengan anak supaya tak hilang sentuhan seorang ibu dan dia akan ingat dekat Mawar.
Mawar serba salah kekangan masa bersama anak-anak dan suami di rumah.
“Mawar rasa sangat sedih dan patah hati apabila anak menangis ketika FaceTime. Tapi apa nak buat, kerjaya sebagai pelakon harus diteruskan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Isteri kepada Raf Yaakob ini sedang menjalani penggambaran telefilem arahan Michael Ang bersama pelakon Ben Amir, Sharifah Shahora untuk saluran Astro Citra.
Selain itu pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei ini berkata dia mengagumi kecekalan para ibu yang terpaksa meninggalkan anak untuk bekerja demi membantu menambah pendapatan keluarga.
“Sekarang baru saya faham perasaan ibu-ibu lain yang terpaksa bekerja demi anak-anak dan keluarga.
Mawar kerap berkongsi mengenai perkembangan anaknya di Instagram.
“Bukan mudah untuk berjauhan dengan anak lebih-lebih lagi ketika usia mereka masih muda. Pada ketika itu mereka perlukan perhatian lebih daripada ibu bapa,” kata Mawar.
Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Untuk rekod, Mawar mempunyai dua orang anak tiri, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar