Takkan Saya Nak Marah Pula?” Orang Cakap Muka Anak Iras Bekas Suami, – Rita Rudaini

Pelakon jelita, Rita Rudaini tidak marah apabila ada segelintir netizen yang menyamakan wajah anak-anaknya dengan bekas suami, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Razak.

Jelas Rita yang merupakan ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, perkara itu merupakan fakta yang memang tidak boleh dinafikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Todays school theme ‘RETRO’ ….mmm xberapa nk retro sgt sbb ryan xnak pakai ikut mommy…dia ckp ‘pelik’ 😒

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Kadang-kadang ada yang tanya, apakah perasaan saya bila orang cakap wajah anak-anak mirip bekas suami. Perkara itu memang betul, memang ada iras pun. Takkan saya nak marah pula? 

“Ada juga netizen yang sering meninggalkan komen seperti itu di laman sosial saya. Kami hanya biarkan sahaja… Memang darah daging dia kan. Anak-anak juga menunjukkan minat terhadap sukan bola sepak,” kata Rita.

Tambah Rita, dia juga tidak peduli dengan cakap-cakap yang dilemp4rkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai selebriti, memang tidak boleh lari dengan perangai netizen seperti ini. Kadang-kadang ada yang meninggalkan komen pedas di laman Instagram, tapi bila disemak semula, akaun mereka tidak bergambar, tiada pengikut dan sebagainya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hero mommy…sy bukan nak anak sy jd pemain bola sepak…sy cuma support minat…sy xde la nk ambik serius or mengamuk klau anak xdpt main,nama xselected…smua tu bukan hal sy…smu bole ckp ‘ank aku bagus’ ‘ank aku cerdik’ ‘ank aku pandai main bola’ …tp sy xkan,sy malu nk puji ank sendiri dekat org…biaq org sj yg bg pujian kt ank sy ….ank sy pandai kt sekolah ke biar cikgu yg nilai..ank sy pandai or xpandai main bola ke biar coach je yg nilai…tugas sy hanya bg support,antar ambik,bg semangat n nasihat pd ank…sape sy utk tentukn mana ‘kedudukan’ ank sy? Sy tidak akan masuk campor setiap urusan ank2 di luar…tggjwb kt sek pd cikgu,tggjwb kt padang pd coach…tggjwb di rumah hanya pd sy …sy support minat mereka,sy serah pd coach…naik nama,syukur…xde nama,cuba lg..buat yg lebih baik itu pesan sy selalu pd mereka…..ada yg ank baru kecik main bola,mak bpk dah demand n sombong sbb ank pandai main..hancur minat ank2 smua punca dr mak bpk sendiri…kecik2 ank dah ckp besar menyombong sbb perangai contoh dpn mata….blum jd player sebenar lg 😂 haiih dpn mata mcm2 perangai terkejut sy tgk…pd sy,kesian nya ank…x kemana klau belagak angkuh sombong…attitude adalah salah satu punca utama utk turun naik jatuh nya seseorg…..wahai parents…lps kan lah mereka bermain,kecik lagi..bina attitude ank2,ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jgn ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ ….jauh lg perjalanan mereka…jaga attitude kita dpn mereka kerana kita adalah contoh terdekat n kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil…😉

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Sah-sah itu hanya akaun palsu yang diwujudkan untuk mengutuk sahaja. Saya tak ambil peduli tetapi jika mereka bersikap keterlaluan atau sudah melampaui batas, saya memang tidak akan diam dan membalas komen mereka. Sebagai selebriti, kami juga ada hati dan perasaan,” katanya lagi.

Rita ditemui usai minggu keempat program All Stars Buka Panggung (ASBP) di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat.

Bertarung dengan tiga pelakon lain iaitu Datuk Fizz Fairuz, Ruhainies dan Johan Asari, Rita berjaya meraih gelaran juara mingguan ASBP.

Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir di minggu keenam nanti.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.

Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.

Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, kini Pak Limra berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak