Pelakon Shakilla Khoriri mengakui sukar untuk menurunkkan berat badannya selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shakilla menjelaskan dia berharap agar orang ramai dapat berkongsi tips untuk menurunkan berat badan.
“Pagi tadi minta Fizi ambil kan gambar Ameena dengan i. Saja buat kenang-kenangan masa besarkan Ameena dengan keadaan badan yang banyak rosak sana sini yang kena repair.
“Satu hari nanti mesti akan jadi kenangan atau COP second hand sebab dah pernah jadi isteri dan pernah beranak. Tak boleh t!pu.
“Tanda dia akan ada dan sentiasa ada pada badan seorang EMAK walaupun kau pi buat apa2 treatment kecuali kau bedah dan leser satu badan lah tapi still akan tahu yang kita second hand.
“Malu ?Buat apa nak malu. Kalau nak malu, emak-emak kita pun malu lah lahirkan kita? Pagi bangun dan timbang and still 63KG and feeling down. Tapi tengok muka Cik Meena terus lupa yang badan macam badak ni.
“Tak sabar habis p4ntang boleh Lari kat taman 80 round. Eh t!pu lah tak strees dari berat 49kg sampai ke 73kg and now 63kg, t!pu sangat tak str3ss.
“Mommys cuma share macam mana lose weight lepas beranak dengan I. Tapi janji jangan share pasal product kurus! Share pengalaman kurus dengan cara lain you buat selain ubat kurus!,” tulisnya.
Rata-rata peminat berkongsi tips kepada Shakilla dan mereka berharap dia tidak tertekan dalam menurunkan berat badannya.
Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka itu pada 14 Mac pada pukul 11.20am.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!