PELAKON Zara Zya, 34, mengesahkan sudah dirisik keluarga kekasihnya yang juga pelakon Hafreez Adam pada 8 September lalu.
Namun, kedua-dua mereka memilih untuk merahsiakan hal itu atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.
“Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan.
“Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya.
View this post on InstagramDekat ig dia, dia post lah gambar senyum. Ni haa behind the scene nya. 😂
Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.
Sumber: Harian Metro