Sebut nama Meadow Rain Walker mungkin tiada siapa kenal.
Meadow merupakan anak tunggal kepada bintang filem Fast & Furious, mend!ang Paul Walker dan Rebecca Soteros.
Gadis itu dibesarkan di Ohau, Hawaii sebelum berpindah ke California untuk menetap bersama bapanya pada tahun 2012.
Meadow, 21 mewarisi w4siat m3ndiang bapanya bernilai $10.1 USD (RM44.3 juta) daripada firma Roger Rodas.
Paul, 40, meninggal dunia pada 20 November 2013 selepas terbabit dalam kem4langan jalan raya ketika memandu kenderaan jenis Porsche Carrera GT di Santa Clarita, California.
1) Rupa paras cantik
Kata peminatnya, Meadow mewarisi pesona mata mendiang ayahnya, Paul.
Ramai yang memuji kecantikannya yang persis model antarabangsa malah dia juga memiliki bentuk badan yang menawan.
2) Mempunyai lebih 1.5 juta pengikut
Gadis itu mempunyai lebih 1.2 pengikut di laman sosial Instagram dan lebih 940 ribu pengikut akaun Facebook.
Bagaimanapun dia telah memadamkan kebanyakan gambar-gambar peribadinya dan hanya meninggalkan 5 keping foto sahaja.
3) Rapat dengan kenalan Paul
Meadow tidak memutuskan silaturrahim dengan sahabat bapanya terutama pelakon-pelakon filem Fast & Furious.
4) Sentiasa mengenang mendiang bapanya
Meadow adalah individu paling rapat dengan Paul Walker.
Selepas kematian Paul, Meadow sering memuatnaik gambar-gambar kenangan bersama bapanya setiap kali sambutan ulangtahun kelahiran atau hari bapa.
5) Tubuhkan Paul Walker Foundation
Meadow meneruskan legasi kebajikan yang mendiang bapanya lakukan ketika hayat.
Sempena sambutan hari jadi bapanya ke-42, Meadow menubuhkan Paul Walker Foundation yang menyediakan bantuan pendidikan kepada remaja yang ingin melanjutkan pengajian dalam Sains Marin.
View this post on Instagram
SUMBER: Gempak viaKucinghitam
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon