Sejak akhir-akhir ni, kecoh di media sosial isu pelakon terkenal Malaysia, Maya Karin menegur masalah pelajar di pedalaman Malaysia yang tak pandai berbahasa Inggeris.
Namun lain pula dengan Raja Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengakui baginda sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris di Twitter.
“Kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul… saya tidak malu kerana…”
Menurut Tunku Azizah, baginda mengakui kadangkala Bahasa Malaysia yang digunakannya tidak betul (salah ejaan atau kata) hingga membuatkannya malu.
Namun kalau baginda salah dalam menggunakan Bahasa Inggeris, baginda tidak malu kerana ia bukanlah bahasa ibundanya. Ada betul juga kan??
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1181461545005379584
“Semua orang ada buat salah dan silap… Daripada kesilapan tu kita akan improve bahasa kita. Keep Calm Tuanku”
Posting yang mendapat 13.2K retweet ni mendapat pujian daripada netizen ramai dan kebanyakannya mengakui tuanku tidak perlu takut dalam membuat kesalahan. Biasalah kalau tersasul dan silap grammar tu kan. Boleh improved tu…
“Ampun tuanku. Lepas ayat, kita hanya perlu guna satu titik sahaja…”
Lebih menarik Tunku Azizah juga menerima kritikan bagi Bahasa Malaysianya dengan tenang dan tak melatah. Waaa kalau kita bukan senang nak terima teguran orang kan?
Aii menyempat pulak netizen ni nak masuk line ye… hehehe
Apa-apapun min sokong benar dengan apa yang dikatakan Tunku Azizah ini. Tak salah kalau cakap English tak betul. Lama-lama mesti pandai kan?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Lobak Merah