‘PERNAH rasa nak bunuh diri suatu ketika dahulu,’ luah seorang suami dalam satu majlis seminar yang dianjurkan oleh penceramah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau atau lebih dikenali sebagai ustaz Ebit Lew.
Terkenal dengan cara berdakwah secara ‘halus’, selain bahasa yang digunakan sangat menyentuh hati, pastinya ustaz Ebit Lew menjadi pilihan ramai terutamanya golongan muda untuk mendapatkan pandangan serta bebas berkongsi masalah.
Terbaharu, satu posting yang dimuatnaik oleh ustaz Ebit di akaun Facebook miliknya pada Isnin mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 34,000 perkongsian (share).
“Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik m4ti je dan terasa macam nak bunuh diri,” katanya menerusi posting tersebut.
Video berdurasi 3:32 saat itu menunjukkan seorang suami sanggup merendahkan eg0nya dengan berkongsi kisahnya yang pernah putus harapan dalam kehidupan suatu ketika dahulu sehinggakan berasa adalah lebih baik untuk dirinya m4ti sahaja.
Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kasih pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.
EBIT LEW
PENCERAMAH
Lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan sikapnya yang dirasakan selalu menyusahkan isteri. Luahan itu dikongsinya semasa menghadiri seminar ‘Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri’ yang diadakan baru-baru ini.
“Fikiran rasa macam down sangat-sangat. Dengan kerja tak ada. Anak ramai. Harapkan kerja, harapkan duit kerja isteri. Gitulah ustaz. Kadang-kadang isteri pun selalu duduk menangis dengan kita.
“Tension dengan kitalah. Maksudnya… kita pun ada buat hal juga. Ada buat perangai yang isteri tak suka,” luah lelaki itu dengan perasaan menyesal.
Lelaki itu seterusnya berkongsi tentang kes3mpitan hidupnya, yang bukan sahaja hilang pekerjaan tetapi juga buntu untuk mencari kerja.
Malah berdasarkan video tersebut, ustaz Ebit mengambil pendekatan dengan memberi semangat serta mendokan yang terbaik buat lelaki itu. Turut dilihat lelaki itu keluar mem3luk penceramah itu sambil ditenangkan beliau.
Suasana majlis bertukar hiba apabila lelaki ini keluar mem3luk isterinya.
Menurut lelaki itu, isterinya yang mengajak dia untuk bersama-sama menghadiri majlis itu.
“Abang sangat hebat, mulia. Abang ada doa Nabi. Abang dari muda dah Islam. Allah sayang dekat abang. Abang langsung tak ada apa-apa kurang. Abang ada doa Nabi. Nabi sayang dekat abang.
“Abang ada doa mak ayah abang yang sangat kuat, hebat, baik. Semua orang buat silap, yang terbaik yang minta ampun. Saya sayang abang kerana Allah. Sebab tu abang jangan rasa nak m4ti, rasa macam putus asa. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah,” nasihat penceramah itu kepadanya yang akhirnya menyebabkan air mata mengalir.
Selain itu, ustaz Ebit juga turut mendoakan agar lelaki itu dipermudahkan dan diberikan kekuatan dunia akhirat serta pekerjaan yang baik.
Jelasnya lagi, ujian itu hanya untuk menguji lelaki ini untuk menjadi manusia yang lebih kuat dan mengingatkan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan lalu.
Suasana majlis bertukar hiba apabila lelaki itu keluar tanpa mengenakan selipar menuju ke ruangan bahagian belakang untuk berjumpa dan mem3luk isterinya sambil meminta maaf.
Perasaan sedih itu turut dirasai oleh tetamu pada majlis itu yang rata-ratanya turut terkesan dengan luahannya sehingga ada yang mengalirkan air mata.
Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Difahamkan lelaki itu baru sahaja mendapat pekerjaan.
“Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kasih pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah,” kongsi ustaz Ebit menerusi posting tersebut.
Menurut penceramah itu, terdapat beberapa pasangan yang pada awalnya bercadang untuk berpisah pada hari kejadian akhirnya berbisik bahawa mereka bercadang untuk meneruskan ikatan perkahwinan yang dibina.
“Terima kasih Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggaman-Nya,” katanya.
View this post on InstagramSetiap manusia pasti diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup. #mstaronline #mstarkongsi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar