Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat. Hal inilah yang kemudian sering jadi motivasi banyak orang untuk bisa diet mendapatkan berat badan ideal, yaitu agar tubuh selalu sehat dan terhindar dari berbagai peny4kit berb4h4ya.
Lexi Reed dari Terre Hauteu, Indiana, pada tahun 2016 lalu berat badannya sekitar 219 kg. Sementara suaminya, Danny memiliki berat badan 127 kg. Dilansir dari boredpanda.com, keduanya kemudian memutuskan untuk diet menurunkan berat badan karena ingin menjadi orangtua dan hidup lebih lama bersama.
Dalam kurun waktu delapan bulan, keduanya berhasil menurunkan berat badan yang ditotal mencapai 181 kg. Wah, cukup drastis juga ya. Kira-kira apa rahasianya? “Kami tak punya perencanaan pola makan, operasi, pelatih pribadi, tapi yang kami miliki adalah satu sama lain dan motivasi untuk bekerja keras setiap hari,” tulis Lexi di akun Instagramnya @fatgirlfedup.
Pasangan yang menikah tahun 2015 lalu , mereka biasanya mengambil 8.000 jumlah kalori setiap harinya. Tapi setelah memutuskan untuk diet menurunkan berat badan, mereka berhenti mengambil junk food. Keduanya pun memilih untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri dari rumah
Demi tubuh sehat, perjuangan dilakukan bersama. Selain menukar tabiat makan, Lexi dan Danny juga makin rajin berolahraga. Mereka pergi ke gym 5-6 kali seminggu dan juga mengikuti kelas Zumba.
Dengan melakukan perubahan dan melakukan diet sederhana seperti itu, dalam 12 bulan berat badan mereka sudah turun hampir separuh dari asal.
Lexi sendiri mengalami perubahan drastik. Tubuhnya yang gemuk dengan berat badan 219 kg, setelah menukar kebiasaan makan dan rutin olahraga, berat badannya turun sebanyak 138 kg. Kini ia tampak lebih sihat dengan berat badan 81 kg. Kisah Lexi pun menjadi inspirasi ramai orang. Dia sudah memiliki followers lebih dari 501 ribu di akun Instagramnya. Banyak yang terinspirasi dari kisah kesungguhan dan perjuangan Lexi menurunkan berat badannya tersebut.
Lexi juga mengaku bahwa sang suami adalah motivasi terbesarnya. Suaminya tetap mencintainya apa adanya, sejak dulu ketika masih gemuk hingga sekarang sudah lebih kurus, cintanya masih sama besarnya.
Dengan tips diet sederhana tapi dilakukan secara rutin dan konsisten, hasilnya ternyata sangat luar biasa, ya ladies. Untuk berhasil diet memang perlukan komitmen yang kuat dan kerja keras yang tak ada habisnya.
Sumber: Keluarga Till Jannah
CARA KURUSKAN BADAN
Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.
Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.
LELAKI VS PEREMPUAN
Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri. Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya. Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.
1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS
Seronok kalau dapat jadi begini! Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.
2. PELAJARI ILMU TENTANG KALORI
Pantau berat badan selalu. Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu. Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
Jangan sampai ‘obese’ begini baru nak mula diet. Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM
Roti canai memang sedap. Tapi kalau nak kurus, masih lagi tertarik nak makan? Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
5. ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA
Jangan sampai jadi gemuk, diabetes pula. Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.
6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK
Katakan tidak pada teh tarik dan nasi lemak bungkus. Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?
7. BANYAKKAN MAKAN BUAH
Kalau bosan dengan epal dan anggur, makan pisang dan tembikai susu. Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula). Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)
Seronok bila beriadah bersama keluarga. Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran cecair merah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan. Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.
10. BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL ‘NAK KURUS’
Bila malas, jangan sampai jadi begini lagi. Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.
AKHIR KATA
Nah, tidak perlu apa-apa produk bukan? Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi? Bayarlah RM10,000 sebulan pada Personal Trainer di gym anda, kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan, sukar untuk anda mencapai impian berat badan idaman. Usah percaya pil atau ubat untuk cepat kurus. Jangan cuba-cuba makan pil kurus seperti Amphetamine kerana ia memb4hayakan kesihatan. Cara paling mudah dan efektif ialah: Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’. Selamat mencuba!.
Sumber: Sirap Limau via Empiremedianetwork
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon