Selain Datuk Seri Vida atau mesra dipanggil DSV, anaknya Cik B juga sudah dikenali ramai malah kini dia turut memiliki perniagaan sendiri dan diantara yang popular adalah Salted egg salmon
Bagaimanapun, Cik B merupakan salah seorang anak usahawan yang turut memiliki ramai peminat dengan sikap sempoinya.
Terbaru pula, Cik B menerusi Instagram menerima pelbagai komen setelah berkongsikan video dia ditemu bual oleh seorang wanita.
Bertanyakan mengenai berapa yang telah dibelanjakan untuk penampilannya dan harga yang dikatakan Cik B mencuri perhatian ramai.
Dalam pada itu, netizen mengatakan Cik B sangat beruntung malah harga pemakaian Cik B dalam video tersebut bukan biasa-biasa.
Menurut sumber, jumlah keseluruhan yang dipakai Cik B ini sekitar RM 30,000 ketika dia ditemui di event Sneakerlah.
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan komen positif selain turut berseloroh dengan anak usahawan terkenal ini.
Reaksi netizen
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook