Bukan sekadar kec0h dewan gara-gara Fikry Ibrahim namun pelakon terkenal ini juga menjadi perhatian ramai sehingga tular dimedia sosial.
Umum, Fikry kini sudah konvo untuk Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dan ia membuatkan peminat tidak henti-henti untuk mengucapkan tahniah buatnya malah rakan-rakan artis juga.
Siapa sangka, dalam melihat dia sering sibuk shooting rupanya dia juga perlu menghabiskan pengajian namun kesibukkan dan usianya yang kini 25 tahun itu tidak menjadi penghalang buatnya malah difahamkan dia juga ingin menyambung ke peringkat ‘Masters’ pula.
Namun, Fikry juga menghadapi pelbagai dugaan sebelum menamatkan pengajian. Menurut sumber, dia juga tidak sangka boleh konvo selepas mengambil keputusan extend ketika menyertai dunia hiburan.
“Kemudian, saya sambung balik dan terpaksa lakukan beberapa perkara pada waktu yang sama. Saya perlu intern, shooting, berniaga. Sangat susah. Berkat doa mak, kawan-kawan dan usaha sendiri, berjaya juga. Katanya.
Apapun, tahniah diucapkan buat pelakon ini!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Fikry Ibrahim, Remaja, Fikryibrahimsupporter