Pemenang Anugerah Bintang Harian Paling Popular (ABPBH) yang ke-32, Mira Filzah sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Bukan sahaja memiliki bakat lakonan yang hebat, wajahnya yang cantik dan penampilannya yang ayu sering menjadi bualan netizen.
Sebelum ini gaya pemakaian baju dan tudung yang dipakainya di dalam drama Sweet Dreams menjadi fenomena dan kegemaran ramai.
Baru-baru ini Mira Filzah berkongsikan di Instagram miliknya dengan gaya tudung yang hampir sama dengan semasa dalam drama tersebut membuatkan ramai yang memujinya.
Melalui kapsyen yang ditulis, dia baru sahaja selesai sesi fotografi bersama jenama Uniqlo. Malah dia turut mengumumkan dirinya dilantik menjadi duta rasmi pelancongan Salam Taiwan untuk tahun kedua.
Wow, semakin melimpah ruah rezeki pelakon hebat ini!
Sementara itu video Mira Filzah yang sedang ‘pose’ sambil mengenyit mata turut menjadi perhatian ramai.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Cair siut”
“Haih..akak ni jangan la wink kat saya…malu laaa”
“Allah, cair la macam ni”
“So cute!”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mira Filzah via HCL