Pada setiap hujung tahun, majlis konvokesyen akan diadakan oleh kebanyakan universiti di Malaysia bagi meraikan kejayaan para graduan yang sudah bertungkus-lumus dalam menamatkan pengajian mereka. Semestinya adat istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang ini akan disambut meriah terutama dengan kehadiran insan tersayang ada di sisi. Namun, tidak semua graduan bernasib baik untuk meraikan detik bersejarah seperti ini.
Momen sedih ini dikongsi oleh Minah Sendu dalam majlis Istiadat Konvokesyen Uitm ke-19 yang berlangsung di Dewan Ag0ng Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam baru-baru ini. Menerusi posting di laman Twitternya itu, muzik gamelan tiba-tiba sahaja berhenti apabila seorang wanita yang tidak memakai jubah konvokesyen naik ke atas pentas untuk mengambil skrol.
Weh saja nak cite harini masa konvo ada sorang wanita atas pentas tak pakai jubah konvo and music gamelan tetiba stopped. Rupanya dia tolong ambil untuk arwah suami dia yang meninggal January 2019 sebab cancer lymphoma 😢 we bacakan al Fatihah before dia ambil scroll arwah 😭 pic.twitter.com/pqb8QAAcLS
— minah sendu™ (@thesendulife) October 9, 2019
Dalam postingnya itu lagi, seluruh penghuni dewan berasa sebak melihat wanita itu mengambil skrol bagi mewakili 4rwah suaminya yang telah mnggal dunia pada Januari tahun ini akibat k4nser limfomia.
Berdasarkan sumber Harian Metro, wanita yang bernama Nor Aziah Yahya itu merupakan isteri kepada Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang merupakan graduan Sarjana Komunikasi Massa di Uitm.
Ujar Aziah, sebelum 4rwah suaminya itu merancang untuk menyambung master dan ingin meneruskan kerjaya sebagai pensyarah, si 4rwah pernah berkhidmat sebagai pengarah akaun di sebuah syarikat pengiklanan.
Tambahnya lagi, usaha dan masa yang dikorbankan oleh arw4h suaminya demi mencapai segulung ijazah menjadi pembakar semangat serta semangat buat dirinya dan juga anak mereka.
Posting yang menyayat hati itu telah mendapat lebih 12, 000 Retweets serta dihujani dengan pelbagai komen netizen.
“I was there too, sedih”– Netizen
“Hm sedihnya” – Netizen
“Saya kenal dengan akak ni, kak aziah. Such a strong women”-Netizen
“I was there too, satu dewan tertanya kenapa tiba-tiba diam sekejap”– Netizen
Betapa cekal dan tabahnya hati seorang wanita hebat bernama Nor Aziah ini. Moga arw4h suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Aamiin……
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Twitter Minah Sendu, Harian Metro