Siapa yang mengenali dan mengikuti keluarga penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza pasti akan mengenali anak-anak tiri beliau yang turut dikenali ramai.
Selain Asyraf Khalid, suami kepada penyanyi Indonesia Tya Ariffin dan Adib Khalid, suami kepada pelakon Izara Aishah, Aazief Khalid, anak bongsu Dato’ K juga turut popular di laman media sosial kerana rupa parasnya yang mencairkan hati gadis-gadis di luar sana.
Aazief yang baru sahaja berumur 19 tahun kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti terkenal di dunia, iaitu Oxford Brookes University. Namun apa yang lebih mencuri tumpuan netizen dan pengikut di laman Instagram terutamanya, adalah teman wanita kepada Aazief yang dikenali dengan nama Tyra Kamaruzzaman(19).
Mengikut khabar angin yang didengari, Tyra sudah lama menjalinkan hubungan dengan Aazief dan sudah disenangi oleh seluruh keluarga Dato’ Siti sendiri. Maka tidak hairan lah gelaran ‘bakal menantu bongsu’ Tokti melekat padanya.
Tyra merupakan seorang Insta Famous dan pengasas jenama sebuah blusher,BeauTyra yang kini amat hangat diperkatakan di kalangan makeup addict terkenal dengan wajahnya yang manis dan jelita.
Terbaru, gadis ini telah memuat naik sebuah foto dirinya mengenakan hijab. Tyra yang sememangnya freehair kelihatan lebih manis dan amat sopan dengan tudung tersebut.
Ekoran daripada muat naiknya itu, rata-rata netizen memuji penampilannya dan berharap agar penampilan itu kekal padanya.
Masha Allah lawanya…
Ish ayu betul dia ni..
Mesti you taktau you cantik kan bertudung?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : OMM via SL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon