“Aku Sayang Kau Kamal, Semua Orang Sayang Kau..” – Chiwan Chilok

Pelawak Chiwan meluahkan rasa sedih selepas kehilangan salah seorang anggota kumpulan Chilok, Kamal yang menlnggal dunia semalam.

Kata Chiwan, selepas ini tiada lagi insan yang sudah dianggap seperti adik yang akan bersama dan menemaninya. 

“Tak ada lagi orang yang panggil aku “Chi” guna suara bass… Tak ada lagi orang yang akan habiskan makanan aku..

“Tak ada lagi orang yang akan bawak patin tempoyak datang KL untuk aku… Walaupun muka kau lagi tua dari aku aku dah anggap kau mcm adik aku sendiri Mal,” tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram (IG) miliknya beserta sebuah video semasa mereka menyertai sebuah pertandingan lawak di sebuah stesen televisyen.

Tambah Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, walaupun masa perkenalan mereka singkat namun itu sudah amat bermakna buatnya.

“Tenanglah kau disana sahabat.. Aku sayang kau Mal semua orang sayang kau Mal tapi semua kena akur kerana Allah lebih menyayangi kau Mal..

“Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan Kamal kepada kami walaupun hanya sebentar..

“Cukup untuk kami merasai kenangan terindah bersama kau Mal.. Pulanglah Mal kepada Sang Pencipta.. Satu hari nanti aku akan menyusul jua..

“Semoga kau dicucuri rahmat dan berada disamping orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

Kamal menghembuskan n@fas terakhir di H0spital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang semalam.

Jen@zah dimandikan di H0spital Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada hari ini.

Terdahulu, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan krltikaI selepas terlibat dalam kemaIangan jalan raya pada hari 10 Oktober lalu.

Kamal dibawa ke H0spital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Akibat kemaIangan tersebut, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami kec3deraan pada anggota badan serta kepaIa dan tidak sedarkan diri. 

Selain Kamal dan Chiwan, kumpulan Chilok turut dianggotai seorang lagi pelawak dikenali sebagai Achok.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tak ada lagi org yg panggil aku “chi”guna suara bass..tak ada lagi org yg akan abiskan makanan aku..tak ada lagi orang yg akan bawak patin tempoyak dtg kl untuk aku..even muka ko lg tua dari aku aku dh anggap ko mcm adik aku sendiri mal..tenanglah kau disana sahabat..aku sayang ko mal semua orang sayang ko mal tp semua kena akur kerana Allah lebih menyayangi kau mal..terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kamal kepada kami even hanya sebentar..cukup untuk kami merasai kenangan terindah bersama kau mal..pulang la mal kepada sang pencipta..satu hari nanti aku akan menyusur jua..semoga kau dicucuri rahmat dan berada disamping orang2 yg beriman..Al-fatihah

Siaran dikongsi oleh CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak